BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 April 2010

Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop

Bekerja dibidang I.T akan menyebabkan kamu menjadi "I.T. Consultant" tidak rasmi setiap kali saudara mara dan sahabat handai serta rakan sepejabat yang hendak membeli Komputer Peribadi mahupun Laptop.

Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?

 
Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop
Kredit: Alienware / Dell



Soalan Paling Lazim Ketika Mereka Ingin Membeli Komputer:


Jenama Mana Yang Paling Bagus?


Soalan yang paling selalu ditanya ialah, jenama mana yang paling bagus?  Sebenarnya itulah soalan yang paling Aku benci untuk menjawabnya kerana biasanya mereka-mereka ini sebenarnya sudah pun membuat sedikit "research" sebelum bertanya! Jadi mereka ini sebenarnya sudah pun mempunyai jenama yang diidamkan!

Jawapannya:

Untuk menjawab jenama mana yang paling bagus, terus akan Aku beritahu kepada mereka,

 "Pililah dari mana-mana jenama yang terkenal yang kamu suka dan kemudiannya minta daripada penjual warranti tambahan sehingga 3 tahun"

Jawapan standard kepada mereka yang telah Aku programkan dikepala sejak 6 tahun yang lepas!

Kata kunci disini ialah: 1 tahun manufacturer warranty +  2 years extended warranty = 3 tahun warranty!

Kalau dalam spesifikasi tidak dinyatakan, sila minta dari penjual! Kalau boleh dimasukkan "3 Years Warranty" itu didalam harga Komputer Peribadi atau "Laptop" tersebut dan ianya dianggap satu pembelian yang baik dan berbaloi.

30 ulasan:

  1. haha.. if people ask me, i'll suggest dell.. coz the support is good =)

    BalasPadam
  2. HP ler... :-D

    BalasPadam
  3. My preferred brands are Fujitsu & Toshiba..

    BalasPadam
  4. HP pun ok.. Kat opis semua PC/Laptop Saya order brand itu :D

    BalasPadam
  5. vote for toshiba.. tahan lasak!

    BalasPadam
  6. Oh peminat Toshiba rupa-rupanya.. :D

    BalasPadam
  7. dulu HP, kemudian acer dan sekarang dell, suka dell pasal keyboard yg lembut

    BalasPadam
  8. Dell? Haha.. sama dengan Kenwooi lah!

    BalasPadam
  9. unfiltered-madnessApril 27, 2010

    blh rupanya 3 thn
    aku hr tu beli dpt setahun je sebb x tahu T____T

    BalasPadam
  10. Kalau dua tiga tahun dahulu.. dua tahun extended warranty itu optional. Kalau nak kena tambah duit sikit. Sekarang ini kebanyakkan manufacturer dah include sekali dengan harga pc atau laptop. Cuma pembeli kena minta atau tanya..

    Kalau tak cover..pilih brand lain. Gunakkan hak anda sebagai pengguna.

    BalasPadam
  11. fento finaApril 27, 2010

    Sekarang guna Asus eee PC :P

    BalasPadam
  12. :D Wahh.. great netbook.. daripada pengasas segmen netbook Asus!

    BalasPadam
  13. Salam saudara Anif,
    wahh..1st time nk komen kt blog ni..
    tgok cite pasal pc/laptop..suke. he.
    pada sy la, kalau nk mencari laptop skrg, jenama2 ni letak no2 dulu.
    1st perlu tgok specification lptop tu (processor, RAM, harddisk, etc kene mantap~) tp perlu ssuai jugak ngn bajet kite.. he.
    n yup, stuju juge kte perlu plih mne2 yg ad bg warranty lama.. penting tuh.

    BalasPadam
  14. W'salam.. :D  setuju dengan kamu.

    BalasPadam
  15. alfa julietApril 27, 2010

    laptop n pc sentiasa berubah dgn cpt.kejap je dahlain

    BalasPadam
  16. Aha.. betul tue. Kalau nak diikutkan memang tak terkejar dengan perkembangan teknologi..

    BalasPadam
  17. e.l.i.s.s.m.i.eApril 27, 2010

    HD , RAM semua mau tengok jugak.. :)

    BalasPadam
  18. Tetapi kalau perbandingan yang dibuat dalam kategori yang sama i.e harga. Mana-mana jenama pun akan mempunyai spec yang lebih kurang sama.. Sebab itu saya lebih pada warranty.. ada certain manufacturer cover sampai ke 5 tahun.. (contoh Lenovo Thinkpad) Cuma kena tambah duit sikit lah.

    BalasPadam
  19. ferrari one tu mcm best jerr

    BalasPadam
  20. Mohd Nadri SaringApril 27, 2010

    dulu Acer, skrg dah bertukar pada Compaq..yg penting harga murah & spec ok..

    BalasPadam
  21. Dalam Kategori Netbook.. itu yang paling best. RAM 4GB, Running Windows 7 64bit!

    BalasPadam
  22. Kadang-kadang citarasa tinggi tapi.. budget plak jadi penghalang.. :D Kenalah cari yang murah & bersesuaian dengan budget. Compaq pun not bad.

    BalasPadam
  23. http://www.acer.com/ferrarione/specifications.html - Refer for full specification

    BalasPadam
  24. dulu pernah pakai prestigio.. kejap je.. pastu mak kata, bos dia pakai toshiba dah 7 thn ok je.. dah la anak dia yg sekolah rendah yg pakai..

    tu yang terpengaruh tu.. hehe

    BalasPadam
  25. my fren told me, dell prefer to troubleshoot by the phone. is it true?

    BalasPadam
  26. Kalau dahulu mungkin ada benarnya sebab semua urusan jualan dan tech support melalui online. Sekarang ini Dell punya business model dah berubah, produk mereka sudah boleh didapati dikedai/wakil jualan sama seperti jenama lain.

    BalasPadam
  27. Kualiti produk yang baik akan diceritakan.. Macam itulah pelbagai jenama ini membina reputasi..dan membentuk pengikut mereka sendiri.

    BalasPadam
  28. sama la ramai tanya brand ape bagus, itu ini. padahal diorang nak jawapan yang menyedapkan hati je.. so jawab la apa2 brand pun oke. sama jeeeee haha. jangan FTEC sudah.

    BalasPadam
  29. Yup betul tu.. setuju dengan kamu. :D

    BalasPadam
  30. This laptop is equipped with glossy screen and DVD burner. This glossy screen provides great sharpness, contrast and brightness.https://www.rhythmoba.com/best-laptops-under-300/

    BalasPadam