BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 November 2008

PC Assembly - Budak Sekolah Pun Boleh Buat! #1

Aku sebenarnya dah lama tak buat kerja teknikal nih, err maksud Aku PC assembly and trouble shooting. Memang minat buat kerja-kerja macam tue sejak dari zaman universiti lagi. Tapi sejak kebelakangan ni Aku dah tak sentuh lagi kerja-kerja tue, baik di tempat kerja dan semasa di rumah. Pertama sebab tak cukup masa. Keduanya mungkin sebab dah ada 2 orang anak yang sedang membesar dan sentiasa "ingin tahu" dan "meniru" apa yang Aku buat. Ketiga mungkin Aku kot yang dah hilang semangat nak buat kerja-kerja tue sebab kebanyakan "hardware" sekarang nih dah truly "plug n play". Dah tak perlu buat configuration.. hmm dengan erti kata lain terlalu mudah la kerja nih.. Budak sekolah pun dah boleh buat!

Back then, semuanya perlu di configure, dari sound card sampai ke CPU speed pun perlu di setkan secara manual, kena tahu berapa multiplier dan di darab dengan clock speed.. itu baru nak dapatkan speed CPU belum lagi nak configure sound card.. IRQ berapa nak guna dan sebagainya, sungguh complicated! Di tambah dengan beberapa "tweak" dan "overclock" buat kerja-kerja assembly dan upgrading PC nih bertambah menarik dan mencabar!


Budak Sekolah Pun Boleh Buat! #1
Budak Sekolah Pun Boleh Buat! #1



Beberapa minggu lepas ada 2 orang datang minta tolong untuk membaiki PC dan notebooknya. Memang malas nak buat pada mulanya, oleh kerana yang minta tolong itu pakcik sendiri dan yang seorang lagi tu kawan baik sejak zaman persekolahan tak sampai hati nak menolaknya.

Notebook kepunyaan kawan tu tak ada masalah sangat kecuali software dah almost corrupt, cuma perlu di install semula OS nya. Manakala PC Pakcik Aku tue ada masalah overheating. Tak tahu kenapa, tetapi base on Aku punya observation kemungkinan motherboard tue dah bermasalah. Mungkin kena tukar "Mobo" baru dan betulkan "air inflow" dan "out flow" pada casing. Seperti yang di jangka memang terdapat masalah pada "CPU Fan", "Mobo" dan "air inflow/outflow" pada casing. Dah lama tak buka hardware.. bila terpandang Mobo Socket 775 rasanya tak banyak beza dengan teknologi terdahulu Socket 478. Sangkaan Aku agak meleset sebab apabila di buka CPU dari Mobo.. Processor untuk socket 775 tiada pin langsung!


Processor untuk socket 775 tiada pin langsung!
Processor untuk socket 775 tiada pin langsung!


Oleh kerana Processor socket 775 tiada pin, memang amat mudah untuk membuka dan memasangnya kerana kita tidak perlu risau jika tersalah pasang, atau khuatir jika pin pada processor itu akan bengkok atau patah. Memang mudah! Seperti yang Aku katakan kalau macam ni "Budak sekolah pun boleh buat!"

Hari Isnin yang lepas Aku ke Landmark Mall untuk pergi membeli "Motherboard", CPU Fan dan RAM. Dah terlanjur nak ganti "Mobo" Aku rasa baik upgradekan sekali RAM PC tu. Bila sampai di sana, tanpa berlengah terus pergi ke beberapa buah kedai untuk mendapatkan price list untuk barang-barang yang Aku kehendaki itu. Terkejut tengok harga hardware sekarang.. Murah! Untuk Mobo socket 775 harga bermula dari RM120, CPU Fan dalam RM20 dan yang paling menarik ialah harga RAM 1GB DDR533 cuma RM55! 

Bila tengok harga RAM yang murah tu.. teringat masa zaman Universiti dulu.. Nak upgrade RAM dari 8MB ke 32MB.. kumpul duit satu semester baru boleh beli.. masa tue RAM EDO 16MB X 2 Unit berharga RM280! Itu cerita tahun 1996 la.. Kalau sekarang RM 280 tue dah boleh dapat Mobo + CPU Fan + RAM + Casing! Uishh.. untung la budak-budak Universiti dan sekolah sekarang!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan