BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 Mac 2009

Honda Phantom Custom - Idea Menarik Tetapi Agak Keterlaluan!

Hari Ahad yang lepas, seperti biasa Aku pergi servis Jaguh. Kebetulan pada masa itu ada seorang "biker" dari Singapura ada di bengkel itu. Mula-mula Aku tak perasan kelainan pada "Honda Phantom" ini.  Bila diperhatikan betul-betul, baharulah terperasan memang ada "custom bumper" pada belakang motorsikal tersebut.


Honda Phantom Custom - Idea Menarik Tetapi Agak Keterlaluan!
 Idea Menarik Tetapi Agak Keterlaluan!




Ada gigi tajam tu! Aku siap pegang sebab nak pastikan... Memang tajam! Ni kalau kena tayar motor lain mesti bocor!

Menurut pemilik motor tu dia sudah serik kerana sering dilanggar dari belakang.. Menurut beliau lagi, tahun ini sahaja sudah 3 kali dia menggantikan nombor pendaftaran beserta pemegangnya. Pemegang tersebut tidak dijual di sini. Terpaksa beli di Singapura! Seunit SGD35!

Sebab itu dia ambil keputusan untuk memasangnya. Tujuanya hanya untuk melindungi nombor pendaftaran beserta pemegangnya dari pecah lagi!

Hehe.. idea menarik  tetapi agak keterlaluan!



2 ulasan: