Hukum Potongan 30 Peratus

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah Hukum Potongan 30 Peratus yang Aku maksudkan! Baiklah, siapa yang tidak suka diskaun 30 peratus ketika membuat pembelian?  Jawapannya, tentulah semua orang suka. Kita tentu seronok bila mendapat diskaun yang ditawarkan oleh penjual.

Hukum Potongan 30 Peratus

Sekarang cuba bayangkan yang kita sendiri memberi diskaun terhadap pembelian itu. Sebenarnya ini ialah petua yang telah lama Aku amalkan ketika hendak membeli atau berhutang.

Hukum Potongan 30 Peratus
Hukum Potongan 30 Peratus

Membuat Keputusan

Jika hendak membeli sesuatu barang samada tunai atau hutang, kita pastinya akan membuat perkiraan dan memikirkannya dengan agak mendalam terutamanya jika pembelian itu melibatkan jumlah yang agak mahal. 

Aplikasi hukum ini sebenarnya agak mudah. Setelah memikirkan tentang pro dan kontra pembelian itu, sekarang cuba tolakkan amaun pembelian itu dengan jumlah 30 peratus! Haa.. Itulah sebenarnya amaun yang selesa untuk kita tanggung.

Situasi Selesa Yang Tidak Membebankan

Baiklah, Aku katakan selesa, bukan tidak mampu. Kita memang mampu untuk menanggung kos pembelian tersebut cuma untuk tidak terlalu membebankan kewangan kita dikemudian hari, hukum 30 peratus ini boleh digunakan. Hukum ini juga sesuai digunakan untuk pembelian rumah atau kenderaan.


Apa Relevannya Hukum Ini Diimplimentasi?  

Mungkin bagi sesetengan orang, tidak perlu mempraktikkannya langsung. Tetapi bagi seorang ketua keluarga yang isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, hukum ini amat membantu. 

Ya Aku memang seorang yang konservatif  bila berbicara tentang kewangan!


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™