BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 Mac 2010

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan - Part 1

Bila usia sudah masuk pertengahan tiga puluhan, fisiologi tubuh sedikit sebanyak pun turut berubah tanpa kita sedari. Tubuh tidak selasak seperti ketika berusia dua puluhan. Banyak perkara-perkara yang dahulu kalau terjadi tidak memberi kesan sangat pada tubuh.

Sakit Lutut

Sebenarnya ini entry ini berkenaan sakit lutut yang Aku alami sejak usia masuk ke julat tiga puluhan. Rasanya tahun 2008 paling banyak Aku berjumpa Doktor untuk melegakan sakit lutut yang Aku alami. Seingat Aku, tiada perkara atau kerja yang Aku buat yang boleh mencederakan bahagian lutut atau kaki. Aku juga mengelak untuk bermain futsal walaupun amat meminatinya semuanya gara-gara ingin menjaga lutut.

CT Scan

Aku mengambil keputusan untuk melakukan CT Scan di sebuah hospital swasta untuk mendapatkan jawapan. Asyik ke klinik dan memakan pil penahan sakit hanya penyelesaian sementara. Aku perlukan jawapan atau penyelesaian tentang masalah yang Aku hadapi.

Setelah dua hari menjalani pemeriksaan di hospital dan menjalani beberapa ujian, akhirnya keputusan yang dinantikan berada di tangan doktor.

Doktor: Lutut awak ada kecederaan lama.
Doktor: Ada "hairline crack".
Doktor: Kecederaan itu sudah pulih sendiri.
Doktor: Tetapi tempurung lutut itu ada sumpik sedikit.
Doktor: Awak pernah mengalami kemalangan?
Aku: Oh! Baru Saya ingat! Dulu pernah jatuh motor tahun1994!
Aku: Tetapi itu sudah lama. Kenapa baru sekarang Saya rasa sakit? 
Doktor: BMI awak sekarang tidak sesuai. 
Doktor: Dahulu awak kurus, sekarang berat badan sudah meningkat.



Mendapat Jawapan

Alhamdulillah, Aku sudah dapat jawapan dan penyelesaiannya. Lutut Aku sakit kerana kecederaan lama. Dahulu tidak merasa sakit kerana Aku kurus. Setelah berat badan meningkat tekanan ke atas lutut pun turut meningkat ditambah lagi dengan kecederaan lama menyebabkan Aku merasa sakit. Penyelesaiannya, Aku perlu mengawal berat badan selari dengan BMI. Jika berada di sekitar BMI, Insyallah lutut Aku tidak sakit.

Bila sudah masuk ke usia tiga puluhan, banyak tindak balas tubuh seperti memberitahu kita sesuatu. Jika ada yang tidak kena, berbuatlah sesuatu. Jangan dibiarkan.

Sekarang kami sekeluarga sudah mula berjogging.



12 ulasan:

  1. Mista BloggaMac 18, 2010

    jgn jogging sgt, nnti tambah pressure kat lutut. Buat "fast walking". dan yg penting, makan dan minum ala kadar.. insyaallah.. :)

    BalasPadam
  2. Park AirMac 18, 2010

    oooo baru aku tau BMI mempengaruhi jgk ketahanan badan, minum susu anlene la kot..

    BalasPadam
  3. Aha.. Fast Walking untuk lebih tepat! Jogging tu berlari kan? Hehe

    BalasPadam
  4. Susu anlene tu propa jer lebih. Makan makanan berkhasiat dan seimbang itu yang paling penting.

    BalasPadam
  5. Susu bukan ker utk tulang? Setahu saya le setiap bahagian yang bersambung di tulang kita ni ada sejenis cecair atau pelincir utk mengelakkan setiap bhgn sendi tulang kita berlaga...bygkan tanpa cecair /pelicncir tersebut..huhuhu ngeri tu sakitnya...

    BalasPadam
  6. Susu baik untuk tulang bukan susu cap anlene tu jer. Oh yang tulang berlaga itu penyakit <span> </span><span> Osteoathritis. Itu akibat dari proses semulajadi iaitu penuaan.
    </span>

    BalasPadam
  7. Mohd Nadri SaringMac 18, 2010

    bila umur dh meningkat, gaya hidup terutamanya gaya pemakanan pun kena ubah juga kpd pemakanan yg lebih sihat..

    p/s: selalu jogging dkt mana? taman bunga istana ker?

    BalasPadam
  8. Memang kena ubah. Kami selalu ke Hutan Bandar MPJBT - Mutiara Rini :D

    BalasPadam
  9. Salam kenal...di usia 30an memang kena berjaga-jaga dengan status kesihatan kita...oh ya...terima kasih sudi follow blog saya...baru nak belajar berblog sebenarnya.

    BalasPadam
  10. W'salam E-DA, Belum terlambat untuk berblog. Better late than never!

    BalasPadam
  11. terasa sangat bila usia dh menginjak ke 30an..uhukss especially dh tak leh nak bersengkang mata sangat pastinya berpinar kepala...dah tak leh nak skip meal time sure gastrik datang menjengah...dah tak leh nak overload critical thinking pastinya sakit kepala hadir...dah tak leh nak layan lagu2 metallica pastinya berdengung kepala ini...oh!!makin menipis kenikmatan duniawi...nak menginsafkan diri juga... ;)

    BalasPadam
  12. Perasan tak bila sudah masuk 30an.. Semuanya kita kena buat adjustment. Daripada makanan sampai ke muzik!

    BalasPadam