Cerita Tentang [
Umum
]

Gerabak Komuter Wanita




Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010


27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:
    - Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)
    - Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)
    - Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.
Tarikh: 27 April 2010




:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

8 comments

  1. Golongan lemah macam saya bila dah tua pun mahu juga koc khas

    ReplyDelete
  2. :D Mungkin lepas nih boleh buat Koc khas untuk warga tua & OKU.. 

    ReplyDelete
  3. alfa julietApril 29, 2010

    mcm mana kalau pompuan tu bawak anak

    ReplyDelete
  4. Kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun boleh masuk koc tu :D

    ReplyDelete
  5. pg td ada pemanggil kat era kata x setuju.. dengan alasan, kalau dia dgn wife dia, camane? xkan separate kot?

    adeh.. kan ada koc biasa?

    ReplyDelete
  6. Laa.. itu bukan wajib pun.. Tiada paksaan :D

    Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

    ReplyDelete
  7. tengok berita harian hari ni lawak la gambar muka depan. sorang lelaki tersalah masuk koc tu. tak pasal2 kuar paper tersengihh je.

    ReplyDelete
  8. Tak sengaja tak pe la... Tapi kalau buat-buat sengaja best gak kan? Hehe..

    ReplyDelete