Cerita Tentang [
Umum
]

Mengurus Dan Mengemaskini URL Link

Setelah beberapa hari merancang, akhirnya Aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa perubahan terhadap blog ini.

Perkara pertama yang Aku lakukan ialah mereka semula "Header | Banner". Maklumlah rasa jemu pula mata melihat "Header | Banner" yang lama. Jadi Aku buatlah yang baru. Cuma kali ini ia lebih kecil.  Tujuannya ialah untuk memastikan "Page Loading" lebih pantas.


Kedua, Aku mengemaskini segala "URL Link" rakan-rakan blogger dan mengumpulkannya di bahagian "Link Exchange". Oleh kerana link tersebut sudah terlalu banyak, sudah sampai masanya membuat sedikit kerja mengemaskini.

Kerja-kerja mengemaskini ini perlu dilakukan kerana ada sesetengah blog yang telah dijadikan "Private" atau akaun blog yang telah dipadam. Jadi ia perlu diperiksa satu persatu.(berfungsi juga sebagai sebahagian daripada aktiviti "Blog Walking")  Jenuh juga memastikan kesemua link tersebut berfungsi! Tetapi ia memang berbaloi melakukannya.

Oleh kerana pengunjung boleh memasukkan sediri "URL Link" di "Link Exchange", ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan meletakkan "URL Link" yang tidak berkenan dimata, terutamanya "URL Link" yang merujuk kepada blog "Skim Cepat Kaya", "Direct Selling" dan "Scam".  Aku bukannya tidak menyokong perniagaan rakan-rakan blogger, tetapi perniagaan jenis ini "URL Link" nya akan padam terus! Sendiri mau ingat la!

Nasib baik juga Aku menggunakkan Sistem Pengurusan Link oleh Mister Linky's Magical Widgets, jadi kerja-kerja mengemaskini segala "URL Link" dapat dilakukan dengan mudah dan sistematik.



Baca blog ini melalui email :D Feed blog ini akan dikemaskini setiap hari (Jika terdapat entry terkini) sekitar jam 1:00 - 3:00 a.m. Sila masukkan email anda untuk melanggan:


Delivered by FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment