BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Julai 2010

Rojak Petis

Tiba-tiba terdetik hendak makan Rojak Petis! Entahlah mungkin sebab sudah lama tidak memakannya. Lebih kurang pukul 10:00 malam akhirnya kami keluar menuju ke bandar Johor Bahru. Pusing-pusing di sekitar bandar sebentar dan akhirnya menuju ke Dataran Bandaraya.

Kalau di Johor Bahru satu kawasan di mana paling banyak gerai menjual Rojak Petis ialah bersebelahan dengan Dataran Bandaraya. Bukan setakat Rojak Petis, Yang Tau Fo serta Steamboat juga banyak dijual.

Err sebenarnya Aku keliru antara Yong Tau Fu dan Steamboat Kalau diletak sebelah menyebelah mungkin Aku tidak tahu perbezaannya atau mungkin ia hanya masalah nama sahaja yang merujuk kepada makanan yang sama? Apa-apa pun misi hari ini ialah mencari Rojak Petis terbaik di Johor Bahru! :D 


Gerai-gerai yang dimaksudkan sebenarnya merupakan gerai bergerak yang dahulunya mereka ini berniaga di sepanjang Pantai Lido tetapi disebakan projek pembinaan "Coastal Highway", mereka dipindahkan di sini.





Setibanya di sana Kami segera mencari tempat duduk. Memang ramai orang, maklumlah malam minggu! Akhirnya kami mendapat tempat tempat duduk di Gerai Zali No 9. Aku segera memesan "Rojak Petis" manakala Azza dan anak-anak makan "Steamboat".

Rojak Petis itu sangat sedap tetapi Aku akui ia terlalu pedas untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak tahan pedas! Apa-apa pun misi mencari Rojak Petis ini dianggap berjaya.. Mungkin dilain kali Kami akan mencuba gerai No 1, 2 dan seterusnya..

Kalau mahu makan "Rojak Petis" di sini, sila pesan air minuman lebih!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan