Aku Masih Seperti Dahulu

Seorang kawan lama memberitahu: "Walaupun lama tak jumpa, Aku tetap akan kenal hang sebab rambut dan gaya hang masih macam dulu!."  Itu kata-kata seorang rakan yang sudah lebih 16 tahun tidak ditemui di Facebook.

Gaya Masih Sama?


Sudah sebati dengan jiwa agaknya. Walaupun Aku bekerja makan gaji, penampilan berambut panjang paras bahu masih menjadi identiti sejak tahun 1994.

Mujur juga syarikat tempat Aku bekerja tidak kisah sangat tetang penampilan, sebab apa yang penting ialah prestasi kerja. Nasib baik juga Aku bekerja di syarikat swasta, jika di pejabat kerajaan jangan mimpilah hendak menyimpan rambut sedikit panjang!


Tetap Grunge


Sudah lebih 12 tahun Aku meninggalkan universiti, namun gaya berpakaiann dan penampilan "grunge" masih kekal sehingga sekarang. 

Clothing commonly worn by grunge musicians in Washington consisted of thrift store items and the typical outdoor clothing (most notably flannel shirts) of the region, as well as a general unkempt appearance. The style did not evolve out of a conscious attempt to create an appealing fashion; music journalist Charles R. Cross said, "Kurt Cobain was just too lazy to shampoo," and Sub Pop's Jonathan Poneman said,
"This [clothing] is cheap, it's durable, and it's kind of timeless. It also runs against the grain of the whole flashy aesthetic that existed in the 80's.  - Sumber Wiki

 Berikut ialah beberapa sebab kenapa Aku selesa dan kekal dengan imej tersebut:
  • Dengan imej berambut panjang, Aku jarang digangu "salesman". Jadi pergi ke pusat membeli belah untuk bersantai atau membeli keperluan biasanya Aku tidak diganggu oleh "salesman" kad kredit dan insurans yang memang sentiasa ada di tempat-tempat sebegitu. Mungkin sebab berimej "grunge" sentiasa nampak macam orang tiada duit!
  • Untuk "maintain" gaya sebegini, Aku cuma perlu ke kedai gunting rambut setahun sekali. Jadi Aku sudah berjaya menjimatkan sedikit wang untuk tujuan mengunting rambut. Kalau setakat nak trim rambut sikit-sikit tu, Isteri boleh membantu.
  • Belanja membeli pakaian dapat dijimatkan kerana pakaian lusuh memang menjadi identiti "grunge"
  •  Dan yang terpenting ialah Aku sentiasa nampak low profile. 

Grunge Itu Jimat


Lagipun apa ada pada gaya? Yang penting tuan punya badan selesa dan yang terpenting imej tersebut sinonim dengan penjimatan.

Tetapi yang kelakarnya sekarang, kebanyakan lelaki tidak sengaja berimej "grunge". Maksudnya bila hendak berjimat atau kelihatan ringkas, berseluar jeans lusuh, berkasut sukan dan menangguhkan dahulu mengunting rambut secara automatiknya dia akan kelihatan berimej "grunge".

Aku masih seperti dahulu.. Cuma sekarang berimej "grunge" dihujung minggu :)

    0 comments:

    Copyright © 2017 BEAM™