Cerita Tentang [
Personaliti
]

Kontroversi Pembunuhan Jutawan Kosmetik

Disebabkan cuti hari raya yang lepas, banyak isu semasa dan perkembangan didalam negeri tidak dapat diikuti dengan sempurna. Semuanya hanya sempat diikuti sekali imbas melalui TV dan surat khabar berikutan capaian internet yang terhad ketika pulang ke kampung dan semasa dalam perjalanan tempohari. Antara berita yang amat mengemparkan ialah pembunuhan jutawan kosmetik dan rakan-rakannya.
Memang tidak dapat dinafikan berita mengenai pembunuhan kejam jutawan kosmetik tersebut menjadi tumpuan serta bualan ramai seterusnya menenggelamkan cerita biasa di Aidil Fitri yang selalunya berkisar tentang OPS sikap berserta statistik kemalangan dan kematian di jalan raya.

Diharap pihak Polis dapat merungkai kes ini dengan segera serta mendakwa pihak yang bertanggungjawab.  Kes ini dijangka sukar dibuktikan berikutan pihak yang disyaki mengarahkan pembunuhan tersebut merupakan pihak yang pakar dalam selok belok perundangan.  

Walau pun begitu, kemahiran pihak Polis dalam menyelesaikan jenayah tidak perlu dipertikaikan oleh rakyat. Insyallah kebenaran akan terbongkar juga walaupun ia pahit untuk diterima. Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Al Fatihah..
















Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment