Cerita Tentang [
Tips
]

Bila Mula Cuti Sekolah Ibu Bapa Pening Kepala?

Semalam ada wakil vendor datang untuk membuat servis peralatan penghawa dingin untuk bilik server dan bilik UPS. Peralatan tersebut perlu dipastikan berada didalam keadaan terbaik pada setiap masa. Maklumlah jika berlaku kerosakkan tentunya akan mengganggu kelancaran operasi syarikat.

Dalam pada mereka melakukan tugas itu sempat juga salah seorang daripada mereka membuka cerita mengenai Cuti Sekolah. Beliau adalah yang paling senior didalam kumpulan tersebut mempunyai 4 orang anak lelaki. 

Setiap Kali Cuti Sekolah


Katanya setiap kali Cuti Sekolah bermula beliau akan pening kepala. Apabila kesemua anak-anak ada di rumah, perbelanjaan mengurus rumah turut naik dengan mendadak. Katanya lagi, bahagian yang beliau tidak tahan ialah kenaikan mendadak bil elektrik dan bil air serta perbelanjaan membeli barangan dapur (makanan).

Bila kesemua anak-anak ada di rumah, jangkamasa TV serta komputer digunakan adalah lebih panjang daripada biasa. Bila anak-anak sudah letih menonton dan bermain komputer, mereka akan cepat lapar dan perlu disediakan makan minum mereka. Maklumlah kanak-kanak yang sedang membesar sentiasa aktif dan perlukan tenaga untuk kekal aktif. Jadi tidak hairanlah jika mereka cepat lapar!

Mendengar ceritanya, Aku seolah-olah dapat memahami masalah beliau. Rasanya itulah yang situasi yang bakal kami hadapi tidak lama lagi apabila anak-anak semakin membesar

Cara Berkesan Mengurangkan Kos 


Dalam pada berkira-kira untuk bertanya bagaimana beliau cuba menyelesaikan masalah ini, tiba-tiba beliau memberitahu yang Dia sudah menjumpai cara untuk mengurangkan beban perbelanjaan yang harus ditanggung setiap kali Cuti Sekolah tiba.

Beliau mengambil pendekatan memperkenalkan "Indoor Games" untuk anak-anak beliau. Permainan untuk musim cuti sekolah kali ini ialah set "Carom" yang baharu! Memandangkan beliau mempunyai 4 orang anak, kesemua mereka dapat bermain bersama secara serentak permainan tersebut.


Bila Mula Cuti Sekolah Ibu Bapa Pening Kepala?

Kurangkan TV & Komputer, Lebihkan Indoor Games


Setiap kali sebelum keluar dari rumah, beliau akan berpesan kepada isterinya untuk memastikan mereka mengurangkan menonton TV serta mengurangkan pennggunaan komputer dan memastikan mereka lebih menikmati permainan "Indoor Games"  yang baru dibeli iaitu "Carom"

Bagi menyelesaikan masalah makanan pula, beliau memberitahu telur adalah penyelesaiannya! Untuk menghadapi musim cuti sekolah ini, beliau telah membeli beberapa papan telur sebagai persediaan makanan tambahan untuk anak-anak!

Belajar Dari Pengalaman Orang Lain


Kadang-kadang bila bercerita tetang anak-anak serta keluarga ada sahaja masalah yang kita tidak pernah terfikir boleh wujud! Siapa sangka cuti sekolah merupakan satu masalah?  Abang senior tadi telah memberikan idea bagaimana menangani masalah tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Melalui pengalaman mereka yang terdahulu kita belajar, membuat sedikit inovasi serta menyesuaikan penyelesaian dengan keadaan semasa.


Kredit Gambar - indianmike.com


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment