BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

24 Februari 2015

Februari 24, 2015

Realiti Kehidupan #6 - Pengalaman Lalu Boleh Menjadikan Kita Pemboros!

Kadang-kadang, alasan untuk kita berbelanja lebih adalah berdasarkan kepada pengalaman yang lalu. Sebagai contoh semasa kita kecil kita tidak mendapat apa yang dikehendaki kerana kekangan pendapatan keluarga. Apabila kita sudah mempunyai kemampuan dan pendapatan sendiri, apa yang dihajati dahulu telah boleh direalisasikan.



Realiti Kehidupan #6 - Pengalaman Lalu Boleh Menjadikan Kita Pemboros!
Kehendak vs Keperluan




Umpama Melepaskan Geram 


Saya faham keadaan tersebut. Malah ramai yang menggangap sekiranya sudah mampu apa salahnya berbelanja lebih.

Namun begitu jika diperhalusi betul-betul, perbuatan tersebut seolah-olah menjadi medan untuk melepaskan geram terhadap pengalaman lalu yang akhirnya jika tidak dikawal bakal menjadikan kita pemboros secara tidak langsung!


Motivasi Diri vs Pendendam!


Hal ini sebenarnya boleh menjadi postif jika kita berjaya menukarkannya kepada motoivasi diri dan menjadi negatif sekiranya ianya bertukar menjadi pendendam! Berdendam dengan keadaan dan diri sendiri.



Realiti Kehidupan #6 - Pengalaman Lalu Boleh Menjadikan Kita Pemboros!
Perbelanjaan vs Pendapatan




Berbalik Kepada Asas Ekonomi


Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu kembali kepada asas ekonomi. Mengenal pasti antara kehendak dan keperluan.[Link] Adalah menjadi impian kita untuk menyediakan apa yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga. Pun begitu, yang terbaik tidak tersedia tanpa kos. Mencari terbaik pada kadar yang termampu itu penting dan dalam masa yang sama mengimbanginya dengan simpanan adalah dituntut. 


Janganlah Sentimental Sangat!


Didalam masa yang sama kita perlu juga sedikit bertegas, kerana tidak semua perkara yang dihajati perlu kita penuhi [Link]

Didalam kehidupan janganlah bersifat sentimental sangat...


07 September 2014

September 07, 2014

Loom Bands? Anak-anak Turut Terjebak!

Antara permintaan diterima daripada anak-anak, lebih-lebih lagi selepas berakhirnya Hari Raya Aidilfitri ialah Loom Bands. Maklumlah bila anak-anak ada duit lebih, permintaannya pun ada sedikit meningkat! Bila diselidiki rupa-rupanya Loom Bands ini sudah menjadi fenomena di kejiranan dan di sekolah! Patutlah..


Rainbow Loom - Loom Bands
Rainbow Loom [Link]

04 Februari 2014

Februari 04, 2014

Matematik Dari Perspektif Anak Kecil

Matematik Dari Perspektif Anak Kecil
Bagus bila anak-anak didedahkan dengan asas matematik sejak dari kecil lagi.

Asas matematik seperti penambahan dan pengurangan perlu dijelaskan dengan terperinci agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Namun begitu untuk memahamkan mereka ke tahap yang sepatutnya memerlukan kesabaran berterusan.

04 April 2013

April 04, 2013

Kayu Ni Tak Boleh Dimakan!

Beberapa tahun yang lalu...


Tebu Memang Boleh Dimakan
Ketika di kampung, Saya menebang beberapa batang tebu untuk di makan.

Nurin Iman: Kayu ni tak boleh dimakan Abah!

Abah: Ini bukan kayu la, Iman.  Ini tebu!

Anak-anak Bandar


Masalah biasa bagi anak-anak bandar. Pokok tebu pun mereka tidak kenal! Menjadi tanggungjawab ibu bapa memperkenalkannya kepada mereka.

Anak-anak yang sedang membesar memang dahagakan ilmu formal dan tidak formal!

01 April 2013

April 01, 2013

Cerita Kelabu?

P Ramlee
P Ramlee
Nurin ImanAbah di TV ada cerita kelabu!

Abah:  Errr.. cerita apa Nurin Iman? (Terpinga-pinga sekejap!)

Cerita Kelabu?


Kemudian baharu teringat, setiap hari Isnin tepat jam 10:00 malam di TV 2 ada ditayangkan filem-filem arahan serta lakonan P. Ramlee. Oooo.. Itulah cerita kelabu yang dimaksudkan!

08 Februari 2013

Februari 08, 2013

Aktiviti Sebenar Sebelum "Keletihan Melampau" Tempohari

Ramai juga yang tertanya-tanya dan membuat spekulasi sendiri tentang aktiviti apakah yang menyebabkan Nurin Amani tertidur di dalam troli tempohari. "Keletihan Melampau - Wordless Wednesday #71" [Link]. 

Sebenarnya pada hari tersebut, kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku dan membeli telekung untuk kedua-dua anak kami. Maklumlah telekung yang digunakan sekarang oleh Nurin Iman sudah tidak lagi sesuai digunakan kerana sudah singkat. 




Untuk Nurin Amani pula, inilah telekung pertamanya. Telekung yang digunakan sekarang adalah milik kakaknya dahulu. Biasalah anak kedua, selalu dapat barang "2nd hand" [Link]. Telekung tersebut juga perlu diganti kerana sudah singkat!  

Corak "Angry Bird" Pada Telekung? 


Dalam masa memilih telekung untuk kedua-duanya, saya terperasan corak yang agak ganjil untuk diletakkan pada telekung. Bila diamati betul-betul, baru kami perasan bahawa corak tersebut adalah gambar watak "Angry Bird"!


Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul!

Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul! Apa pun tujuannya, kami pasti bahawa tujuannya baik iaitu menggalakkan anak-anak supaya bersolat! Cuma kami berpendapat kaedah ini tentunya boleh mengelirukan anak-anak dan tidak sesuai langsung!

Selepas membeli telekung, kami ke kedai buku untuk mencari buku latihan dan bahan bacaan tambahan untuk mereka. Keluar dari kedai buku jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Sudah sampai masa untuk makan malam. Kami ambil keputusan untuk makan malam di medan selera, Plaza Angsana. 

Dalam perjalanan pulang kami singgah pula ke Kip Mart Tampoi untuk membeli stok barangan dapur. Anak-anak bila sudah makan malam, ditambah pula penghawa dingin didalam kereta membuatkan mereka mengantuk walaupun jarak perjalanan tidak sampai pun 5km!


Keletihan Melampau..


Jadi sebaik sahaja sampai di Kip Mart, Nurin Amani sudah tidak larat hendak membuka mata. Tiada aktiviti yang memenatkan sangat pun sebenarnya. Cuma sudah sampai waktu tidurnya barangkali...


06 Januari 2013

Januari 06, 2013

Duit Poket

Duit Poket - Asas Kepada Pengurusan Kewangan Peribadi
Zaman saya bersekolah dahulu, saya dibiasakan dengan diberi duit poket setiap hari untuk dijadikan belanja sekolah.

Setelah melalui pengalaman sebegitu hampir disepanjang zaman persekolahan, saya dapati ianya memang tidak membantu membina tabiat mengurus kewangan.

11 Disember 2012

Disember 11, 2012

Teka Teki Teka Tekuk #3

Antara aktiviti rutin saya dan anak-anak, tentunya sesi teka teki. Rasanya teka teki yang ini antara yang mencabar minda dan susah untuk dijawab.

Kali ini teka teki diolah istimewa oleh Nurin Iman dan adiknya, Nurin Amani.

Nurin Amani: "Kakinya ada 3. Matanya ada 2".
Nurin Amani: "Tangannya ada 4".
Nurin Amani: "Apa jawpannya, Abah?"
Nurin Iman: "Itu pun Abah tak tahu ke?"
Abah: "Apa jawapannya?"
Nurin AmaniJawapannya "Alien" la Abah!



Teka Teki Teka Tekuk - Jawapannya "Alien" la Abah!
Teka Teki Teka Tekuk - Jawapannya "Alien" la Abah!



Abah: "Laa..."

Alien? Pengaruh Ben 10 ni.. haha..


17 November 2012

November 17, 2012

Ini Bukan Durian Crepe.. Ini Durian Sebenar!

Semalam saya ke pasaraya Giant untuk membeli barangan dapur. Memang rutin mingguan kami begini. Kalau tidak ke pasaraya besar, mungkin kami akan ke pasar basah untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.

Memandangkan sekarang sudah musim durian, dipintu masuk pasaraya tersebut ada gerai menjual durian. Nampaknya anak-anak saya memang sudah tidak boleh tahan lagi. Belumpun mula membeli barangan dapur, durian sudah mahu dimasukkan dalam senarai barangan yang hendak dibeli!

Durian Murah-murah - Bulum Jadi Lagi Durian Crepe


Keluar dari pasaraya Giant, terus menuju ke gerai tersebut untuk memilih durian yang elok untuk dibeli. Nasib kami agak baik, penjual menawarkan sebiji "extra" untuk dimakan disitu. Mungkin disebabkan keletah anak-anak yang sudah tidak sabar untuk makan durian yang dibeli mendorong beliau untuk berbuat demikian.


Jangan Cerita Banyak - Jom Makan Durian!
Instagram - [Link]

Terima kasih kepada pakcik yang menjual durian di hadapan pintu masuk Giant Tampoi kerana beri sebiji "extra" untuk anak-anak kami makan disitu. Apa pun, memang senang berurusan dengan penjual yang tidak berkira ni.



27 September 2012

September 27, 2012

Teka Teki Teka Tekuk #2

Semalam Nurin Iman ada memberi saya satu teka teki. Teka teki tersebut berkaitan dengan Pak Belang atau seekor harimau.


Harimau Maybank - Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?
Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?



Soalnya dengan penuh yakin:

Nurin Iman : "Abah! Kalau  harimau disembelih, kepalanya tertinggal dimana?"
Abah: "Err.. Entah! Tak tahu!"
Nurin Iman: "Itu pun Abah tak tahu ke?  Senang aje jawapannya..."
Abah: "Apa jawapannya?"
Nurin Iman: "Maybank!"
Abah: "Laa..."

Tiba-tiba saya teringatkan tentang kisah Pak Belang yang menimbulkan kekeliruan ketika Nurin Iman masih bersekolah tadika. [Link]


12 Ogos 2012

Ogos 12, 2012

Persiapan Hari Raya 2012 #1

Nampaknya tahun ini persiapan untuk menyambut Hari Raya bermula agak perlahan. Insyallah semuanya bakal dibereskan pada minggu hadapan. Amin.

Memang diakui, segala persiapan dimulakan dengan agak perlahan sedikit tahun ini. Maklumlah, banyak perkara penting yang terpaksa didahulukan seperti memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Ditambah lagi dengan sedikit hal kecemasan tempohari [Link]. Memang belanjawan agak ketat sedikit untuk membuat persiapan Hari Raya tahun ini.

28 Jun 2012

Jun 28, 2012

Anak Kami, Anak-anak Euro

Euro 2012 sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Walaupun saya tidak berapa meminati sukan bola sepak, setiap kali tiba kejohanan besar seperti ini sedikit sebanyak akan terkena juga wabaknya [Link].  

Namun begitu dalam banyak-banyak kejohanan bola sepak besar tentunya kejohanan bola sepak Euro lebih mendatangkan kesan dalam kehidupan saya. Maklumlah kedua-dua anak perempuan saya, Nurin Iman dan Nurin Amani lahir ketika berlangsungnya kejohanan bola sepak Euro.


\



Nurin Iman lahir [Link] ketika Euro 2004 yang berlangsung di Portugal manakala Nurin Amani pula lahir [Link] ketika Euro 2008 dimana buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Eropah, 2 buah negara diumumkan menjadi tuan rumah bersama kejohanan iaitu Austria dan Switzerland.




Tahun 2012, Kejohanan bola sepak Euro datang lagi. Kali ini Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine. Bagi 2 kejohanan edisi lepas telah menghadirkan khabar gembira buat kami sekeluarga. Untuk kejohanan kali ini lain pula ceritanya.






Kedua-duanya sakit serentak dan menunjukkan simpton-simptom yang sama. Mereka berdua dirujuk ke hospital. Nurin Iman yang sudah agak besar mampu bertahan dan hanya menerima rawatan pesakit luar tetapi bagi si adik yang baru sahaja genap 4 tahun terpaksa dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan yang lebih lanjut [Link]

Apa pun kesudahannya dan pasukan mana pun yang bakal jadi pemenangnya, tentunya setiap kali tiba kejohanan bola sepak Euro akan mengingatkan tentang suka duka kami sekeluarga terutamanya hal yang melibatkan kedua-dua anak perempuan kami. 

Anak kami, anak-anak Euro!


18 Jun 2012

Jun 18, 2012

Sempena Sambutan Hari Bapa

Helaian kertas dari buku latihan yang dilukis sempena hari bapa semalam oleh kedua-dua anak perempuan saya membuatkan saya tidak jadi marah!



Selalunya jika kertas dari buku latihan digunakan untuk tujuan contengan, saya memang agak geram. Maklumlah dahulu kedua ibu bapa saya juga begitu! Jika buku latihan semakin menipis sedangkan kerja sekolah belum melepasi bahagian tengah buku, tentu ada aktiviti lain [Link] yang bukan berbentuk akademik telah dilakukan. Maka bersedialah untuk disoal jawab secara intensif!



Tetapi untuk hari yang istemewa ini, perbuatan itu dimaafkan! 



17 Jun 2012

Jun 17, 2012

Nurin Amani - 4 Tahun

Sejak menyambut hari lahir kakanya 4 hari yang lepas, Nurin Amani tidak henti-henti bertanyakan tentang kek untuk hari lahirnya. 

Semalam kami mengambil keputusan untuk membelikan kek comel seperti yang dihajatinya dan berpesan padanya bahawa kek tersebut hanya boleh dipotong pada esoknya kerana hari lahirnya adalah pada 17 Jun bersamaan dengan sambutan hari bapa.



14 Jun 2012

Jun 14, 2012

Nurin Iman - 8 Tahun

Semalam kami meraikan hari ulang tahun Nurin Iman yang ke 8. Kali ini dia benar-benar seronok kerana buat pertama kalinya berpeluang meraikannya bersama rakan-rakan di sekolah!

Maklumlah sejak beliau berusia 5 tahun, sambutan hari jadinya sentiasa terkena ketika musim cuti sekolah!




Seperti yang diduga, kek cokelat [Link] menjadi pilihannya sejak dia berusia 5 tahun!  Tidak mengapalah, asalkan dia gembira dengan pilihannya.

3 hari lagi hari lahir adiknya pula menyusul. Kami pernah cuba untuk menyambutnya serentak tetapi idea tersebut tentunya tidak dapat diterima oleh Nurin Iman kerana dia tidak sanggup menunggu 4 hari lewat untuk meraikan hari jadinya!


07 Mei 2012

Mei 07, 2012

Bila Tiba Musim Peperiksaan

Bila anak-anak sudah mula bersekolah, segala perancangan serta aktiviti yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira faktor tersebut.

Susah juga hendak ke mana-mana lebih-lebih lagi jika ada yang bakal menduduki peperiksaan.

Jadi perkara yang terbaik bagi memanfaatkan hujung minggu ialah menyediakan ruang bagi anak-anak untuk mengulangkaji secukupnya. Tidak mengapalah jika tidak dapat keluar pada hujung minggu tersebut asalkan dapat membantu anak-anak dalam menyediakan diri mereka secukupnya bagi menghadapi peperiksaan.

27 Mac 2012

Mac 27, 2012

Kurang Sabar Dan Terlalu Teruja Kesannya Sama

Anak-anak memang sudah terkenal dengan sikap kurang berhati-hati dan cuai.


Menurut kaca mata orang dewasa (ibu bapa) tindakkan mereka yang kurang berhati-hati atau cuai itu disebabkan oleh sifat kurang sabar. Manakala bagi mereka (anak-anak), kurang berhati-hati atau cuai itu biasanya disebabkan oleh sifat terlalu teruja

Bagaimanapun berdasarkan pengalaman, sikap kurang sabar dan terlalu teruja bakal mendatangkan kesan buruk yang sama. Kesan buruk yang dimaksudkan adalah dalam bentuk kecederaan ataupun kemalangan.

25 Mac 2012

Mac 25, 2012

Selamat Menyambut Hari Lahir

Sudah menjadi tradisi keluarga kami agaknya menyambut hari lahir di restoran makanan segera. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, restoran makanan segera yang menyajikan hidangan pizza menjadi pilihan. Kali ini kami ke Pizza Hut di Plaza Angsana untuk meraikan hari lahir Azza. 

Sambil membelek-belek menu hidangan yang bakal dipesan, kami terperasan promosi yang sedang berlangsung di Pizza Hut iaitu "Kids Eat Free Every Day". Wah! Ini sudah bagus. Anak-anak boleh menikmati makanan percuma!  

Untuk menikmati hidangan percuma yang dinyatakan itu, pelanggan cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 untuk menebus 1 hidangan percuma untuk kanak-kanak. Selain itu kanak-kanak itu haruslah berumur 8 tahun kebawah atau berketinggian dibawah 120cm.