Sebastian Vettel, Juara Termuda Formula 1 (F1)

Akhirnya teka-teki mengenai kejuaraan Formula 1 (F1) bagi tahun 2010 terjawab. Sebastian Vettel telah dinobatkan menjadi juara dunia Formula 1 (F1) menerusi kemenangan di Grand Prix Abu Dhabi, Yas Marina.

Kejayaan ini merupakan kejayaan berganda bagi pasukan Red Bull Racing yang sebelum ini telah mengesahkan kejuaraan berpasukan walaupun perlumbaan masih berbaki satu perlumbaan. Berdasarkan rekod semasa memang tidak dinafikan pasukan Red Bull Racing sememangnya cukup konsisten dan berhak untuk menang.


Sebastian Vettel - Juara Termuda Formula 1 (F1)

Selain itu, Kejayaan ini lebih manis kerana Sebastian Vettel telah memecahkan rekod sebagai Juara Dunia termuda Formula 1 (F1) menggantikan pemegang rekod sebelum ini iaitu Lewis Hamilton yang  melakukannya pada tahun 2008

Nampaknya Adrian Newey telah berjaya melahirkan seorang juara yang baharu setaraf dengan Nigel Mansell, Alain Prost, Damon Hill, Jacques Villeneuve dan Mikka Häkkinen yang memandu kereta rekaan beliau.

Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak kejayaan untuk Red Bull Racing kerana mereka telah menemui ramuan untuk menjadi juara setelah 7 musim mencuba.

Kredit, gambar - espnf1.com, Getty Images.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™