Sukan
Ogos 28, 2014
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
28 Ogos 2014
18 Ogos 2014
21 Julai 2014
Sukan
Julai 21, 2014
F1 - Valtteri Bottas Menerajui Kebangkitan Pasukan Williams
Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai Pasukan Williams. Untuk musim 2014, pasukan ini dikenali dengan nama rasminya Williams Martini Racing. Pasukan yang dianggap sebagai lagenda ini sudah sekian lama berada dikelompok pertengahan.
Sebaik sahaja perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2014 kembali ke benua Eropah, pasukan ini telah menunjukkan kebangkitan. Watak penting dalam kebangkitan Pasukan Williams tentunya Valterri Bottas.
20 April 2014
Sukan
April 20, 2014
F1 - Lewis Hamilton Menang Di Chinese GP 2014
Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Chinese Grand Prix 2014.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan pole. Memimpin perlumbaan dari awal dan seterusnya menamatkan perlumbaan pada kedudukan pertama untuk memastikan kemenangan 100% pasukan Mercedes AMG Petronas F1 untuk musim 2014.
07 April 2014
Sukan
April 07, 2014
F1 - Lewis Hamilton Menang Di Bahrain GP 2014
Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Bahrain Grand Prix 2014.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 2, namun begitu berjaya memintas Nico Rosberg pada pusingan ke 53 untuk mendahului perlumbaan dan seterusnya memenangi perlumbaan.
02 April 2014
Sukan
April 02, 2014
Sekitar Perlumbaan F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2014
Hajat untuk menyaksikan perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) secara langsung akhirnya tercapai!
Alhamdulillah pada 30 Mac 2014 yang lalu saya berjaya menghadirkan diri ke perlumbaan Formula 1 (F1) Malaysia Grand Prix 2014 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kali terakhir saya ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah pada tahun 1999 untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP Malaysian Grand Prix.
[Link]
Sudah 15 tahun berlalu, namun ingatan dan keseronokkannya masih cukup segar. Bila berpeluang untuk kembali semula ke sini, peluang ini tentunya tidak akan saya lepaskan!
Meningkatkan Kadar Adrenalin
Memang benar, keseronokkan menonton perlumbaan ini secara langsung sememangnya satu pengalaman berbeza berbanding menontonnya di kaca Televisyen. Yang pastinya, ianya meningkatkan kadar aliran adrenalin dalam tubuh!
Spesifikasi Enjin Formula 1 (F1) Musim 2014
Walaupun ada kata-kata sinis dari peminat yang mengatakan bahawa
enjin spesifikasi musim 2014 [Link] ini kurang menyengat, kenyataan tersebut sebenarnya tidak tepat. Kuasa dan kepantasan yang dihasilkan masih seperti dahulu.
Kalau ada cakap-cakap nakal mengenai enjin tersebut tentunya ianya lebih tertumpu kepada deruman enjin baharu yang dikatakan kurang sedap didengar.
Namun begitu, ketka melihat-lihat dipersekitaran litar saya tertarik dengan gelagat seorang peminat ini yang menggunakan kertas tisu sebagai alternatif kepada "ear plug"!
Bila sudah mengalaminya sendiri, memang sah deruman enjin Formula 1 (F1) masih cukup kuat untuk membingitkan telinga pada kadar maksimum!
Apa pun ceritanya, saya yakin dalam jangkamasa terdekat, peminat akan mula membiasakan diri dan menerima perubahan. Maklumlah sukan Formula 1 (F1) adalah sukan yang amat dinamik. Setiap tahun akan ada penambahbaikan dan perubahan dari segi peraturan teknikal serta teknologi yang digunakan.
Kalau ada cakap-cakap nakal mengenai enjin tersebut tentunya ianya lebih tertumpu kepada deruman enjin baharu yang dikatakan kurang sedap didengar.
Namun begitu, ketka melihat-lihat dipersekitaran litar saya tertarik dengan gelagat seorang peminat ini yang menggunakan kertas tisu sebagai alternatif kepada "ear plug"!
Bila sudah mengalaminya sendiri, memang sah deruman enjin Formula 1 (F1) masih cukup kuat untuk membingitkan telinga pada kadar maksimum!
Formula 1 (F1) Sukan Dinamik
Apa pun ceritanya, saya yakin dalam jangkamasa terdekat, peminat akan mula membiasakan diri dan menerima perubahan. Maklumlah sukan Formula 1 (F1) adalah sukan yang amat dinamik. Setiap tahun akan ada penambahbaikan dan perubahan dari segi peraturan teknikal serta teknologi yang digunakan.
Rugi Bila Peralatan Tidak Cukup!
Terasa rugi apabila hadir ke acara sehebat ini tetapi tidak membawa peralatan yang bersesuaian. Peralatan yang saya maksudkan ialah sebuah kamera DSLR! Sayang apabila banyak aksi menarik yang tidak dapat dirakam akibat kerana kekangan terhadap kemampuan kamera!
Lewis Hamilton Lepas Geram!
Perlumbaan yang dikira agak menarik buat Lewis Hamilton [Link] yang seolah-olah melepaskan geram apabila mendahului perlumbaan dari awal sehingga akhir dengan jurang masa yang agak besar dengan pelumba ditempat kedua dan ketiga.
Strategi pasukan Mercedes AMG Petronas F1 yang memaksa Lewis Hamilton untuk tidak meneruskan perlumbaan di Australian Grand Prix [Link] membuahkan hasil kerana enjin dapat diselamatkan dan digunakan sepenuhnya ketika perlumbaan di Sepang!
Pelumba Yang Paling Mencuri Tumpuan?
Tentunya saya pilih Kevin Magnussen dari pasukan McLaren. Pada awal perlumbaan beliau terlibat dengan insiden kemalangan yang menyebabkan Kimi Raikkonen hampir terkeluar dari perlumbaan. Akibat daripada insiden tersebut beliau telah dikenakan penalti 5 saat (Stop & Go).
Namun begitu beliau akhirnya dapat menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 9 dan berjaya mengutip mata untuk kali kedua berturut-turut daripada 2 perlumbaan.
Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Malaysia Grand Prix 2014:
2. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +00m 17.3s
3. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +00m 24.5s
4. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 35.9s
5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +00m 47.1s
6. Jenson Button McLaren-Mercedes +00m 83.6s
7. Felipe Massa Williams-Mercedes +00m 85.0s
8. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +00m 85.5s
9. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes +1 lap
10. Daniil Kvyat Toro Rosso-Renault +1 lap
11. Romain Grosjean Lotus-Renault +1 lap
12. Kimi Raikkonen Ferrari-Ferrari +1 lap
13. Kamui Kobayashi Caterham-Renault +1 lap
14. Marcus Ericsson Caterham-Renault +2 laps
15. Max Chilton Marussia-Ferrari +2 laps
Rtd. Daniel Ricciardo Red Bull-Renault 49 laps
Rtd. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 laps
Rtd. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 laps
Rtd. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Renault 18 laps
Rtd. Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 laps
Rtd. Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 laps
Dns. Sergio Perez Force India-Mercedes
Fastest lap:
Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes 1m 43.066s lap 53
18 Mac 2014
Sukan
Mac 18, 2014
F1 - Spesifikasi Enjin Musim 2014
Dengan adanya rombakan ini, kesemua pasukan yang bertanding akan bermula pada tahap yang sama tanpa sebarang kelebihan dari segi kejuruteraan.
Namun begitu dari kaca mata peminat Formula 1 (F1), penumpuan tentunya lebih terarah kepada spesifikasi enjin.
16 Mac 2014
Sukan
Mac 16, 2014
F1 - Nico Rosberg Menang Di Australian GP 2014
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 (F1)- Australian Grand Prix 2014.
Perlumbaan pembuka tirai bagi musim 2014 dimulakan dengan agak kelam kabut apabila Kamui Kobayashi dan Felipe Massa terlibat dengan insiden pada selekoh pertama. Manakala pemandu yang mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakkan, Lewis Hamilton dipaksa bersara dari perlumbaan akibat masalah mekanikal.
18 Disember 2013
Wordless Wednesday
Disember 18, 2013
Harimau Muda Mengaum - Wordless Wednesday #93
28 Oktober 2013
Sukan
Oktober 28, 2013
F1 - Sebastian Vettel Juara Dunia Formula 1 Musim 2013
22 September 2013
Sukan
September 22, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di Singapore GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Singapore Grand Prix 2013.
Perlumbaan yang telah direncatkan momentumnya dengan kemasukkan kereta keselamatan pada pusingan ke 25 akibat kemalangan yang menimpa pelumba Torro Rosso, Daniel Ricciardo. Namun begitu dominasi Sebastian Vettel sememangnya tidak terjejas. Beliau terus memimpin perlumbaan dari awal sehingga tamat perlumbaan.
08 September 2013
Sukan
September 08, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di Italian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Italian Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan pole dan mendominasi perlumbaan sehingga
tamat. Kemenangan ini adalah kemenangan ke 6 beliau untuk musim 2013.
Untuk rekod, beliau pernah menang di sini (Litar Monza) pada tahun 2008 dan 2011. Dengan kemenangan ini, Sebastian Vettel mengukuhkan lagi kedudukannya di senarai pungutan mata keseluruhan pada kategori pemandu dengan berkelebihan 53 mata berbanding Fernando Alonso di tempat kedua.
26 Ogos 2013
Sukan
Ogos 26, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di Belgian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Belgian Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 2. Beliau memintas Lewis Hamilton seawal pusingan pertama dan seterusnya mengawal perlumbaan sehingga tamat. Kemenangan ini adalah kemenangan ke 5 beliau untuk musim 2013. Untuk rekod, beliau pernah menang di sini (Litar Spa-Francochamps) pada tahun 2011.
29 Julai 2013
Sukan
Julai 29, 2013
F1 - Lewis Hamilton Menang Di Hungarian GP 2013
Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Hungarian Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan pertamanya pada musim 2013 di Litar Hungaroring. Kemenangan yang sangat istimewa buat beliau kerana ini adalah kemenangan pertama bersama pasukan AMG Mercedes.
08 Julai 2013
Sukan
Julai 08, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di German GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - German Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan keempatnya pada musim ini di Litar Hockenheim. Kemenangan yang sangat istimewa buat beliau kerana ini adalah kemenangan pertama di tempat sendiri disepanjang kerjayanya.
01 Julai 2013
Sukan
Julai 01, 2013
F1 - Nico Rosberg Menang Di British GP 2013
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan kedua dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan keduanya pada musim ini di Litar Silverstone.
Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton.
10 Jun 2013
Sukan
Jun 10, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di Canadian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Canadian Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya di Litar Gilles Villeneuve, Monteal sepanjang kerjayanya.
Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan Red Bull kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Sebastian Vettel dan kedudukan ke 4 buat Mark Webber. Dengan kemenangan ini, Sebatian Vettel berjaya menjarakkan diri dalam senarai senarai pungutan mata kategori pemandu dengan 132 mata berbanding pencabar terdekatnya, Fernando Alonso dengan 96 mata.
26 Mei 2013
Sukan
Mei 26, 2013
F1 - Nico Rosberg Menang Di Monaco GP 2013
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Monaco Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya untuk musim 2013.
Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya kedalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton. Dengan kemenangan ini, Nico Rosberg menduduki tangga ke 6 dalam senarai pungutan mata kategori pemandu manakala Lewis Hamilton kekal di kedudukan ke 4.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya untuk musim 2013.
Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya kedalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton. Dengan kemenangan ini, Nico Rosberg menduduki tangga ke 6 dalam senarai pungutan mata kategori pemandu manakala Lewis Hamilton kekal di kedudukan ke 4.
13 Mei 2013
Sukan
Mei 13, 2013
F1 - Fernando Alonso Menang Di Spanish GP 2013
![]() |
Fernando Alonso |
Fernando Alonso [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Spanish Grand Prix 2013.
Memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 5, namun begitu berjaya memimpin perlumbaan pada pusingan ke 12. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso berjaya meletakkan dirinya kembali ke lanadasan sebagai pencabar kejuaraan. Kini beliau berada di kedudukan ke 3 dengan 17 mata menjadi pemisah dengan pemimpin kejuaran, Sebastian Vettel.
22 April 2013
Sukan
April 22, 2013
Moto3 - Zulfahmi Khairuddin Ke 7 Di Americas GP 2013
![]() |
Moto3 - Zulfahmi Ke 7 Di GP Americas 2013 |
Bermula dari kedudukan ke 12 dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 7!
![]() |
Moto3 - Zulfahmi Khairuddin Ke 7 Di Americas GP 2013 |
Red Bull Grand Prix of The Americas 2013
1. Alex Rins Estrella Galicia 11m 26.535s
2. Maverick Viñales Team Calvo 11m 26.779s
3. Luis Salom Red Bull KTM Ajo 11m 27.082s
4. Jonas Folger Mapfre Aspar Team Moto3 ( 11m 27.765s
5. Miguel Oliveira Mahindra Racing 11m 34.811s
6. Jack Miller Caretta Technology - RTG 11m 35.138s
7. Zulfahmi Khairuddin Red Bull KTM Ajo 11m 36.682s
8. Alexis Masbou Ongetta-Rivacold 11m 38.572s
9. Brad Binder Ambrogio Racing 11m 38.798s
10. Jakub Kornfeil Redox RW Racing GP 11m 39.272s
11. Danny Webb Ambrogio Racing 11m 39.756s
12. Arthur Sissis Red Bull KTM Ajo 11m 40.565s
13. Isaac Viñales Ongetta-Centro Seta 11m 42.357s
14. Efren Vazquez Mahindra Racing 11m 43.128s
15. Niklas Ajo Avant Tecno 11m 47.629s
16. Juanfran Guevara CIP Moto3 11m 47.740s
17. Philipp Oettl Paddock TT Motion Events 11m 47.886s
18. Alessandro Tonucci La Fonte Tascaracing 11m 48.134s
19. Matteo Ferrari Ongetta-Centro Seta 11m 48.307s
20. Ana Carrasco Team Calvo 11m 48.538s
21. John McPhee Caretta Technology - RTG 11m 49.802s
22. Francesco Bagnaia San Carlo Team Italia 11m 57.500s
23. Eric Granado Mapfre Aspar Team Moto3 11m 58.126s