BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 November 2010

Sekarang Musim Berkhatan..

Bila cuti sekolah bermula antara aktiviti popular masyarakat kita ialah  menganjurkan majlis berkhatan. Hari ini kami berpeluang melawat 3 orang kanak-kanak yang berkhatan. Seorang di Taman Universiti iaitu anak kepada Pakcik kami dan yang 2 orang lagi di Bandar Putra merupakan anak kepada sepupu kami.
 
Nampaknya sekarang kanak-kanak sudah semakin berani, kalau dahulu jarang benar kita dengar anak-anak yang baru memasuki darjah 1 bersedia untuk dikhatankan. Sekarang adalah perkara normal bila mendengar kanak-kanak yang diusia begitu dikhatankan. Memang keadaan sudah banyak berubah!

Oleh kerana hari ini kami melawat beberapa kanak-kanak yang berkhatan dan bercerita mengenainya disepanjang perjalanan, akhirnya Nurin Iman pun bertanya apakah itu berkhatan sebenarnya?  Kanak-kanak memang sentiasa ingin tahu, jadi terpaksalah kami menerangkan secara terperinci apakah itu berkhatan. Kami berharap Nurin Iman berpuas hati dengan jawapan yang kami berikan.

Pada pendapat kami, perkara yang berkaitan dengan seksualiti serta jantina tidak boleh diterangkan secara beranalogi. (Perkara yang paling kami risau sekarang ialah apabila kanak-kanak disalurkan dengan maklumat yang tidak betul atau menggangap apa yang difahami sebagai betul)

Berbalik kepada 2 kanak-kanak yang terakhir kami lawati.. Teringin juga bertanyakan kepada mereka apakah yang ibu dan bapa mereka janjikan sehingga mereka bersetuju untuk dikhatankan dan inilah jawapan mereka..

"Abah janji nak belikan Playstation 3!"

Haha.. nampaknya sedikit unsur-unsur materialistik masih perlu ada untuk memujuk kanak-kanak :)










Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan