BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 November 2010

Apabila Rakan-Rakan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir..

Kalau dahulu mungkin seronok apabila menerima ucapan sempena hari lahir tetapi sekarang keadaan sudah sedikit berbeza. Ucapan "Selamat Menyambut Hari Lahir" sebenarnya merupakan ayat sopan untuk mengatakan yang kamu sebenarnya sudah tua dan ucapan tersebut juga secara tersiratnya merupakan ayat berbentuk peringatan!





Walaupun ia cuma sebaris ayat yang diucapkan setahun sekali, ia merupakan sebaris ayat yang mengingatkan diri sendiri supaya menilai serta menyemak kembali matlamat serta pencapaian yang sudah berjaya dilakasankan dan yang sedang dilaksanakan dalam hidup.

Kita biasa menanam citi-cita serta azam setiap kali menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baharu. Manakala pada hari ulang tahun, selain daripada bergembira menyambutnya kita patut ambil sedikit masa untuk berfikir dan menyemak kembali sama ada cita-cita serta azam yang dibuat itu berada dilandasan yang betul atau sebaliknya.

Jika ada yang tidak kena atau terpesong sedikit daripada perancangan, bolehlah diambil sedikit tindakan untuk memperbetulkannya dan tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun.

Oh! Itulah yang difikirkan setiap kali ada kawan-kawan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir " atau "Happy Birthday" sejak dua tiga tahun kebelakangan ini..

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir & Happy Birthday  di Facebook. Hari ini mailbox seperti di spam  dengan notification daripada Facebook!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan