BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Januari 2011

Eh Ada Poskad Lah!

Memang jarang menerima poskad sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Tetapi semalam satu poskad telah selamat tiba di rumah. Bukan main seronok lagi apabila mendapat sekeping poskad yang dikirim oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.  


Tujuan poskad itu dihantar ialah untuk memberitahu tentang Kempen Menderma Darah yang diadakan di Plaza Angsana pada bulan Januari.



Tetapi bila dibaca betul-betul, aktiviti Kempen Menderma Darah yang hendak diberitahu itu sudah pun berlaku! Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 3, 4, 5 dan 6 Januari 2011 sedangkan poskad itu dipos pada 25 Januari 2011 dan selamat sampai ke destinasi pada 26 Januari 2011!  

Entah berapa banyak poskad sebegini yang telah dihantar. Yang pastinya ia adalah perbuatan yang sia-sia dan membazir. Belanja setem pun sudah RM0.60 sen bagi setiap poskad!  

Sebagai cadangan adalah  lebih baik jika pihak Jabatan Perubatan Tranfusi menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat yang ada pada masa kini seperti email, twitter atau halaman ragkaian sosial. Rasanya  keadah tersebut adalah lebih mudah, menjimatkan kos serta mendapat sebaran yang  lebih meluas.







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan