Cerita Tentang [
Realiti
]

Pinjaman Peribadi - Cerita Kedai Kopi

Seorang kawan memberitahu ketika berkahwin dahulu dia menggunakan wang yang diperolehi daripada pinjaman peribadi daripada sebuah bank. Sekarang walaupun sudah beranak 2, hutangnya masih belum mampu diselesaikan lagi. 

Contoh: Jadual Pembayaran Bulanan Pinjaman Peribadi Daripada Maybank

Namun begitu tidak sekali-kali dia mengabaikan pembayaran ansuran bulanan pinjaman tersebut. 

"Analoginya mudah. Jika kita membuat pinjaman membeli kenderaan dan sampai kepada satu tahap apabila kita gagal membayar ansuran kenderaan tersebut, maka  pihak bank akan menarik kenderaan tersebut."

Berdasarkan analogi mudah tersebut, beliau ada alasan yang amat kukuh untuk beliau tidak sekali-kali mengabaikan pembayaran ansuran bulanan pinjaman tersebut :)  Takut isteri dirampas oleh pihak bank! Sayang isteri beb! 

Itu adalah situasi dimana ikatan kasih sayang terhadap pasangan masih utuh dan bahagia. Kalau rumah tangga sudah porak peranda dan berantakan bagaimana agaknya ? Haha.. Bayangkanlah sendiri pengakhiran kisah tersebut!

Cerita tersebut adalah sebahagian daripada selingan sesi borak-borak kosong selepas makan di kafeteria. Anggap sahaja sebagai "Cerita Kedai Kopi". Namun begitu ia adalah luahan hati seorang peminjam untuk menyampaikan mesej secara sinis kepada rakan-rakan yang ada cita-cita untuk membuat pinjaman peribadi bagi melangsungkan perkahwinan.

Apa pun membuat pinjaman peribadi untuk membiayai majlis perkahwinan adalah tidak digalakkan.

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment