BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Kewangan. Papar semua catatan

16 April 2018

April 16, 2018

Adakah Hutang Kecil Perlu Dituntut?

Kalau dahulu apabila bercerita tentang hutang atau memberi pinjam adalah satu perkara sensitif dan seboleh-bolehnya cuba dielak untuk dibahaskan dengan lebih lanjut. Namun kini pandang terhadap hutang telah berbeza. Terutamanya apabila melibatkan hutang kecil. Sebelum itu, definisi hutang kecil bagi saya ialah apa-apa amaun dibawah RM150.

Kalau dahulu jika ada pihak yang berhutang, pastinya saya akan sedaya upaya menuntutnya semula daripada pihak yang berkenaan. Rujuk [Cara Mengutip Hutang - Link]


Adakah Hutang Kecil Perlu Dituntut?
Adakah Hutang Kecil Perlu Dituntut?


Namun kini saya sudah boleh menerima keadaan dimana setiap kali ada pihak yang mahu meminjam dalam jumlah yang kecil, saya juga sudah boleh menerima hakikat bahawa hutang itu boleh jadi akan hangus!

Maklumlah bukan semua orang ada keinginan untuk mencatat transaksi mahupun mengingati tentang hutang. Lebih-lebih lagi jika amaunnya kecil. Mungkin mereka beranggapan satu hari nanti hutang tersebut akan dihalalkan. Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk mengingati dan cuba membayarnya. Jadi pemberi pinjam tidak perlu diberikan notis peringatan dan sebagainya!

Lagipun selagi hutang tersebut tidak dibayar, pihak yang memberi hutang akan mendapat pahala sedekah. Bukankah ini adalah salah satu cara untuk beramal dan seterusnya mendapat pahala?

Saya cuba melihat hutang dari perspektif yang berbeza.

06 Januari 2013

Januari 06, 2013

Duit Poket

Duit Poket - Asas Kepada Pengurusan Kewangan Peribadi
Zaman saya bersekolah dahulu, saya dibiasakan dengan diberi duit poket setiap hari untuk dijadikan belanja sekolah.

Setelah melalui pengalaman sebegitu hampir disepanjang zaman persekolahan, saya dapati ianya memang tidak membantu membina tabiat mengurus kewangan.

09 Ogos 2012

Ogos 09, 2012

Melabur Itu Bagus Tetapi Berhati-hatilah...

Peringatan kepada Semua Pengguna


Bank Negara Malaysia - 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

31 Januari 2012

Januari 31, 2012

Skim SARA 1Malaysia

Apakah "Skim SARA 1Malaysia"?

Skim ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.


Apakah ciri-ciri istimewa Skim ini?

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun. Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia.


Apakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan untuk Skim ini?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta.


Berapa ramaikah peserta yang akan mendapat manfaat dari Skim ini?

Skim ini mensasarkan penyertaan sebanyak 100,000 isi rumah secara 'permohonan awal didahulukan'.


Adakah had penyertaan untuk setiap isi rumah?

Ya, hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman. Dalam Skim ini, isi rumah merujuk kepada individu yang layak memohon dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500 - RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  1. Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  2. Ibu atau bapa tunggal - Pendapatan kasar individu

Bilakah Skim ini dilancarkan?

Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.

27 Mei 2011

Mei 27, 2011

Makan Dahulu..

Cerita ini tiada kaitan dengan aktiviti makan-makan secara langsung. Sekadar berkongsi tips. 

Sebenarnya ia adalah berkaitan dengan Apa yang kami sekeluarga praktikkan sebelum keluar membeli belah. 

Ya.. Kami akan makan terlebih dahulu! Mungkin sudah ramai yang tahu mengenainya. Tips ini amat popular dikalangan pakar-pakar psikologi, kewangan dan ustaz!

Tips ini amat berkesan buat kami sekeluarga. Membuat pembelian didalam keadaan kenyang membuatkan Kami lebih fokus terhadap pembelian dan Insyallah tidak akan terjebak membuat pembelian impulsif!

21 Februari 2011

Februari 21, 2011

KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010

Sebaik sahaja sampai ke pejabat terus membuka PC dan mencuba nasib untuk masuk ke dalam halaman web KWSP. Seperti yang dijangka, memang sangat sukar untuk memasukinya.

Semuanya berpunca apabila pihak KWSP telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.8% keatas simpanan ahli untuk tahun 2010. Alhamdulillah.


KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010 - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan hari ini mengisytiharkan bayaran dividen tertinggi pernah dicapai sebanyak RM21.61 bilion kepada ahlinya, meningkat 11.55 peratus berbanding bayaran dividen 2009 sebanyak RM19.37 bilion. Amaun ini merupakan 5.80 peratus kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Kadar dividen ini 15 mata asas melebihi kadar 5.65 peratus yang dibayar pada tahun 2009, menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Ini merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009.

Walau bagaimanapun, halaman web KWSP telah berjaya dimasuki sekitar jam 11:30 pagi. Akhirnya terlerai sudah segala persoalan apabila melihat amaun sebenar yang diterima untuk simpanan pada tahun 2010. Alhamdulillah.

Matlamat menuju persaraan dengan simpanan yang paling maksimun masih jauh lagi. Jika dividen yang diumumkan pada setiap tahun adalah pada kadar yang munasabah, tentunya ia akan membantu mencapai matlamat tersebut dengan lebih cepat. Insyallah.

18 Februari 2011

Februari 18, 2011

Pinjaman Peribadi - Cerita Kedai Kopi

Seorang kawan memberitahu ketika berkahwin dahulu dia menggunakan wang yang diperolehi daripada pinjaman peribadi daripada sebuah bank. Sekarang walaupun sudah beranak 2, hutangnya masih belum mampu diselesaikan lagi. 

Contoh: Jadual Pembayaran Bulanan Pinjaman Peribadi Daripada Maybank

Namun begitu tidak sekali-kali dia mengabaikan pembayaran ansuran bulanan pinjaman tersebut. 

"Analoginya mudah. Jika kita membuat pinjaman membeli kenderaan dan sampai kepada satu tahap apabila kita gagal membayar ansuran kenderaan tersebut, maka  pihak bank akan menarik kenderaan tersebut."

Berdasarkan analogi mudah tersebut, beliau ada alasan yang amat kukuh untuk beliau tidak sekali-kali mengabaikan pembayaran ansuran bulanan pinjaman tersebut. Jika gagal membuat bayaran,  takut isteri dirampas oleh pihak bank! Sayang isteri beb! 

Itu adalah situasi dimana ikatan kasih sayang terhadap pasangan masih utuh dan bahagia. Kalau rumah tangga sudah porak peranda dan berantakan bagaimana agaknya ? Haha.. Bayangkanlah sendiri pengakhiran kisah tersebut!

Cerita tersebut adalah sebahagian daripada selingan sesi borak-borak kosong selepas makan di kafeteria. Anggap sahaja sebagai "Cerita Kedai Kopi". Namun begitu ia adalah luahan hati seorang peminjam untuk menyampaikan mesej secara sinis kepada rakan-rakan yang ada cita-cita untuk membuat pinjaman peribadi bagi melangsungkan perkahwinan.

Apa pun ceritanya, membuat pinjaman peribadi untuk membiayai majlis perkahwinan adalah tidak digalakkan.

30 Mei 2010

Mei 30, 2010

Alahai Maybank - Isu Selesai!

Isu Aku bersama Maybank berkenaan Kad Kredit telah pun selesai. Setelah beberapa kali mengalami situasi tidak puas hati dan insiden menulis surat aduan ke Pusat Kad Kredit Maybank di Kuala Lumpur. Cerita  penuh kesemua insiden terebut boleh dibaca di sini dan di sini  :D






Maybank Mengembalikan Semula Hak


Akhirnya Maybank mengembalikan hak Aku semula. Alhamdulillah! Mereka telah mengembalikan kadar "interest" yang dikenakan kepada kadar asal iaitu 13.5% serta menghapuskan segala caj berkaitan dengan pembayaran lewat.

28 April 2010

April 28, 2010

Sudah Bayar la..

Aku ingatkan hal itu sudah selesai, rupa-rupanya belum! Hari Isnin yang lepas Aku dihubungi oleh pihak Maybank Credit Card Center berkenaan tunggakkan bil kad kredit yang belum dijelaskan! 

Menjadi Isu Semula


Hiss.. tak cukup dengan surat kemudian siap telefon pula. Memang menyakitkan hati bila perkara yang dianggap selesai tiba-tiba menjadi isu semula. Patutnya sebelum menghubungi, tolonglah semak rekod terkini akaun tersebut dan bukannya terus memberi peringatan untuk membayar hutang!



Letih Menerangkan Situasi Sebenar


Aku pun sudah letih untuk menerangkan pada mereka tentang situasi sebenarnya. Pada hemat Aku ia tidaklah serumit mana. Situasi itu berlaku  disebabkan komunikasi yang tidak efisien antara jabatan. 

Selepas 2 Minggu


Dua minggu yang lepas, sebaik sahaja menerima surat peringatan yang pertama, Aku telah menghubungi talian 1-300 88 6688  untuk memberitahu tentang situasi tersebut dan mereka berjanji untuk mengemaskini rekod dan akaun dalam jangkamasa dua minggu. Sebaliknya selepas dua minggu, bukan sahaja rekod belum dikemaskini malah menerima panggilan daripada mereka untuk menuntut hutang! Ciss *@#%6%

05 April 2010

April 05, 2010

Alahai Maybank!

Aku menerima surat peringatan daripada Maybank berkenaan tunggakkan kad kredit yang belum dibayar! Eh! Setahu Aku semua bayaran yang patut dilangsaikan sudah pun dibuat. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Lagipun Aku menggunakkan "online banking" untuk menjelaskan segala bayaran pinjaman dan segala bil utiliti. Sepatutnya ia menjadi lebih cekap!





Kisah 3 Tahun Dahulu


Kemudian baharulah Aku teringat, 3 tahun yang lepas Aku pernah mengalami masalah yang serupa. Masalah ini timbul setiap kali menerima kad kredit baharu bagi menggantikan kad kredit yang telah tamat tempoh. Jadi, bayaran yang dibuat masih lagi merujuk kepda kad lama (akaun lama) sebab itu Aku akan mendapat surat peringatan yang menyatakan Aku belum menjelaskan bayaran. Untuk menyelesaikannya terpaksa menghubungi talian hotline Maybank dan memberitahu mereka tentang masalah ini. Kemudian mereka akan mengemaskini sistem mereka.

22 Februari 2010

Februari 22, 2010

Rumah Lelong?

Petang tadi kami menghadiri majlis kenduri arwah di rumah makcik. Selepas habis majlis, seperti biasa sesi berbual bual sesama saudara bermula. Antara perkara yang menarik yang menjadi tajuk utama ialah membeli rumah lelong!


25 Januari 2010

Januari 25, 2010

Cara Mengutip Hutang!

Teringat dahulu semasa aku belajar di universiti. Kadang-kadang kalau terputus duit terpaksalah meminjam dari rakan-rakan. Alhamdulillah biasanya ada yang sudi menolong dan bila sudah ada duit, aku akan cepat-cepat membayarnya semula.


Tips Mengutip Hutang Dari Kawan Baik!
Tips Mengutip Hutang Dari Kawan Baik!


Peminjam Buat-buat Lupa!


Adat pelajar, kadang-kadang kita meminjam dan kadang-kadang kita memberi pinjam. Tetapi apa yang menjengkelkan bila kita memberi pinjam.. Si peminjam bila sudah ada duit buat-buat lupa pulak! Tidak mahu melangsaikan hutang! Ciss!



Cara Mengutip Hutang Pantas.
Cara Mengutip Hutang Pantas.



Strategi Mengutip Hutang


Untuk golongan semacam ini, aku gunakan strategi paling mudah untuk mengingatkan dan seterusnya mengutip hutang! Mula-mula besedia untuk buat muka tidak malu (sepatutnya yang berhutang tu yang patut malu). Kemudian perhatikan keadaan sekeliling, lebih ramai orang lebih bagus. Ketika siberhutang itu lalu atau sedang melepak dengan teman wanitanya, aku akan terus memanggil namanya dengan agak kuat seterusnya mendekatinya.. 

"Lu pakai duit gua RM10 bila nak bayar?"  


Malu Berhutang?


Mungkin disebabkan malu dengan kawan-kawan yang ada disekeliling terutama teman wanitanya, pasti dia akan membayar hutangnya pada masa itu juga! Harus diingat strategi ini hanya sesuai digunakan untuk menuntut hutang-hutang kecil sahaja..hutang-hutang besar kena guna cara lain.

Haha.. Alhamdulillah sepanjang menggunakkan strategi ini, aku amat berpuas hati dengan kadar keberkesanannya. Memang sangat efektif untuk kawan-kawan yang selalu buat-buat lupa pasal hutang walaupun "loan" JPA/MARA/PTPTN sudah masuk ke dalam akaun!