Cerita Tentang [
Google Reader
]

Walaupun Sibuk Tetap Tidak Mahu Ketinggalan

Sebaik sahaja selesai menyiapkan segala tugasan yang tertangguh sejak semalam, tiba-tiba teringatkan Google Reader yang telah lama diabaikan. Rasanya sudah lebih setahun tidak menggunakannya.  

Ada baiknya jika diperiksa, manalah tahu selama tidak aktif ini ada fungsi yang telah dinaik taraf dan sebagainya.

Memang diakui sejak akhir-akhir ini rasanya sudah tidak terlarat untuk melakukan blogwalking. Maklumlah, dengan beban kerja yang semakin meningkat dan tanggung jawab yang semakin bertambah, blogwalking sudah menjadi cabaran yang agak besar. 

Bila senarai blog yang diikuti telah meningkat, memang perlu menggunakan aplikasi untuk mengurus aktiviti blogwalking supaya lebih teratur dan sistematik. Aplikasi yang dirasakan sesuai untuk dimaksimumkan potensinya ialah Google Reader.

Sebagai penyelesaian, kembali menggunakan semula Google Reader untuk memudahkan proses blogwalking dan memantau status kemaskini  terbaharu bagi setiap blog yang diikuti melalui RSS. Jadi secara tidak langsung akan mengurangkan masalah ketinggalan cerita menarik dari rakan blogger yang lain.













Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment