BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 September 2011

Modenas Jaguh 175 - Dinasihatkan Supaya Melakukan Overhaul!

Minggu ini dimulakan dengan agak kelam kabut kerana kenderaan kesayangan yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja telah memberikan petanda dan mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang menyedapkan.

Sebaik sahaja selepas waktu bekerja semalam, terus ke bengkel berdekatan dengan kediaman untuk mendaptkan jawapan mengenai masalah yang dihadapai oleh jentera tersebut.  Menurut mekanik yang memeriksa, bunyi pelik yang keluar dari enjin tersebut ialah bunyi "Connecting Rod" yang menunggu masa untuk berhenti berfungsi! 

Oleh yang demikian, mekanik tersebut menasihatkan supaya tidak lagi menunggang motorsikal tersebut ke tempat kerja untuk tujuan keselamatan dan untuk mengelakkan kos pembaikan meningkat, jika ia berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja diberitahu, terus sahaja memikirkan alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk jangka masalah panjang, mulalah mencongak-congak kos untuk melakukan "overhaul" terhadap enjin tersebut.

Apabila memilih untuk melakukan "overhaul" untuk enjin tersebut, tentunya ia akan memakan masa beberapa hari untuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Sementara menunggu kerja-kerja tersebut disiapkan, alternatif terbaik perlu juga difikirkan untuk pengangkutan ke tempat kerja nanti.

Bila ada situasi sebegini, umpama patah sebelah kaki!


3 ulasan:

  1. berapa kos overhaul jaguh ni tuan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang RM1K & dapat tukar sekali clutch plate..

      Padam
  2. Maaf cakap,
    Adakah tuan melakukan penyelangaraan motorsikal jaguh dibengkel yang sememangnya untuk bengkel motorsikal berkuasa tinggi atau diworkshop motorsikal biasa.
    Biasanya diworkshop untuk motorsikal berkuasa tinggi semua barang dan parts sangat mahal dan kalau sedangkan barang yang sama yang kita mahu ganti ada dijual diworkshop biasa maka harganya berkali kali ganda lebih murah.
    Maaf,, saya bercakap melalui pengalaman,dan sekadar cuba memberitahu kalau kelak tuan ingin menyelangara motorsikal berkuasa besar atau waima sekalipun untuk tukar rantai dan gegancu atau tayar barsaiz 150-160-180//90-80-16-18in berjenama, tuan tukar dibengkel motorsikal biasa dan harganya berganda lebih murah. Mungkin saiz dan sparepart tiada dibengkel tersebut tapi dia akan order untuk tuan melalui pembengkal mereka.

    BalasPadam