Sudah 2 hari memandu ke tempat kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun kaki kiri masih terasa sengal-sengal. Maklumlah kereta yang dipinjam daripada adik adalah kereta bergear manual. Inilah akibat terbiasa memandu kereta automatik dan menunggang motorsikal. Bila memandu kereta manual terasa macam beban pula!
Mujur juga keadaan jalan raya di kawasan sebelah Skudai menghala ke Johor Bahru telah bertambah baik dan tiada lagi kesesakkan lalu lintas yang terlampau sejak pembukaan "Coastal Highway" tempohari. Arus kenderaan semakin lancar untuk menuju ke Pusat Bandar dan menghala ke Skudai pada waktu puncak. Alhamdulillah.
Kalau dahulu untuk ke pejabat dengan memandu kereta memerlukan 1 jam untuk sampai, kini cuma 25 minit! Memang banyak masa dapat dijimatkan. Cuma bila sudah seronok memandu kereta takut pula selepas ini malas nak menunggang motorsikal semula!
Imej kredit, Iskandar Waterfront
Tiada ulasan:
Catat Ulasan