BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Oktober 2011

Public Ittikal - Dibuka Semula Untuk Pelaburan Melalui KWSP

Semalam seorang kawan yang juga merupakan seorang Perunding Pelaburan Unit Amanah Public Mutual memberitahu bahawa Dana Public Ittikal  telah dibuka semula untuk pelaburan melalui KWSP mulai hari ini (20 Oktober 2011).

Dana ini telah diumumkan tidak lagi menerima pelaburan baru pada 17 Jun 2011.

Apabila melihat kepada situasi ekonomi negara dan dunia secara keseluruhannya sekarang yang tidak berapa memberangsangkan, tentu akan membuat ramai orang yang akan kecut perut apabila membicarakan hal berkaitan dengan pelaburan.  Lebih-lebih lagi pelaburan yang berkaitan secara langsung dengan pasaran saham dan unit amanah.




Namun begitu bagi pelabur jangka panjang, pelaburan perlu dilakukan dengan kadar yang konsisten dikala ekonomi bagus dan dikala ekonomi sedang mengalami tekanan. 

Kejatuhan harga saham secara keseluruhannya perlu dipandang secara positif  dan strategi pelaburan jangka panjang seperti "Dollar Cost Averanging" boleh digunakan untuk merasionalkan harga serta meningkatkan pemilikan unit. :D



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan