Semalam seorang kawan yang juga merupakan seorang Perunding Pelaburan Unit Amanah Public Mutual memberitahu bahawa Dana Public Ittikal telah dibuka semula untuk pelaburan melalui KWSP mulai hari ini (20 Oktober 2011).
Dana ini telah diumumkan tidak lagi menerima pelaburan baru pada 17 Jun 2011.
Dana ini telah diumumkan tidak lagi menerima pelaburan baru pada 17 Jun 2011.
Apabila melihat kepada situasi ekonomi negara dan dunia secara keseluruhannya sekarang yang tidak berapa memberangsangkan, tentu akan membuat ramai orang yang akan kecut perut apabila membicarakan hal berkaitan dengan pelaburan. Lebih-lebih lagi pelaburan yang berkaitan secara langsung dengan pasaran saham dan unit amanah.
Namun begitu bagi pelabur jangka panjang, pelaburan perlu dilakukan
dengan kadar yang konsisten dikala ekonomi bagus dan dikala ekonomi sedang
mengalami tekanan.
Kejatuhan harga saham secara keseluruhannya perlu dipandang secara positif
dan strategi pelaburan jangka panjang seperti "Dollar Cost Averanging" boleh digunakan untuk merasionalkan harga serta meningkatkan pemilikan unit. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan