BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 November 2011

Mitos Rokok Elektronik

Rokok Elektronik - E Cigarette - Malaysia Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat kecenderungan terhadap perokok untuk beralih daripada menghisap rokok tradisional kepada rokok elektronik atau pun e-cigarette.

Menurut pengeluar rokok elektronik atau e-cigarette yang kebanyakkannya berpusat di China, antara kebaikan menggunakannya adalah:
 
  • Penggunaan rokok ini tidak melibatkan pembakaran tembakau. Jadi tiada tar dihasilkan.
  • Rokok elektronik tidak menghasilkan asap. Lebih mesra alam sekitar. **( Model baru dah boleh keluar asap! Lagi banyak!)
  • Mengurangkan risiko terhadap orang disekeliling (second-hand smoker effect)

Namun begitu, komponen utama rokok sama ada tradisional ataupun elektronik ialah nikotin. Nikotin inilah yang membuatkan para penggunanya mendapat kesan ketagihan dan masalah kesihatan yang lain seperti serangan angin ahmar (stroke).  

Walaupun dengan pelbagai jaminan daripada pengeluarnya, rokok elektronik atau e-cigarette tetap berpotensi membahayakan kesihatan penggunanya.

Dan yang lebih menakutkan, pengguna rokok elektronik atau e-cigatette ini boleh mendapat kemalangan dan kecederaan teruk akibat letupan daripada komponen bateri yang ada didalamnya. Seperti yang dialami oleh Tom Holloway, 57 tahun dari Florida, Amerika Syarikat yang melecur teruk akibat letupan yang berpunca daripada komponen bateri rokok elektronik yang sedang digunakan. Kisah kemalangan itu dilaporkan oleh agensi berita ABC News. Rujuk berita tersebut di [Link].

Kesimpulannya, merokok sama ada secara tradsional mahupun elektronik adalah tidak baik untuk kesihatan. Bagi perokok yang meracang untuk berhijrah dan menjadi lebih hijau, fikir-fikirkanlah. Tiada yang lebih hijau dan baik untuk semua melainkan dengan berhenti merokok sepenuhnya.


Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan