BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Januari 2012

Cukai Awal Tahun!

Selain daripada memastikan segala persiapan persekolahan anak-anak berjalan dengan lancar, ada perkara penting lain yang perlu juga diselesaikan pada awal tahun iaitu menjelaskan cukai.

Bagi pemilik hartanah, cukai biasa yang perlu dijelaskan ialah Cukai Harta dan Cukai Tanah.  


Cukai Harta

  • Pembayaran cukai perlu dijelaskan 2 kali setahun.
  • Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari.
  • Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.

Cukai Tanah

  • Hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun. 
  • Dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu.. 
  • Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa. 

Bagi Cukai Harta selalunya tidak menjadi masalah kerana pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya) biasanya akan menghantar bil tuntutan pada awal tahun dan pertengahan tahun. Jadi sebaik sahaja menerima bil tuntutan, biasanya pembayaran telah boleh dilakukan. 

Berlainan pulan dengan Cukai Tanah, memang tiada langsung bil tuntutan yang akan dihantar kepada pemilik hartanah oleh Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG)

Oleh kerana tiada bil tuntutan, kebarangkalian untuk terlupa membayarnya itu sangat tinggi! Namun begitu terdapat inisiatif oleh pihak PTG negeri yang biasanya menggunakan papan iklan di lokasi strategik untuk mengingatkan pemilik hartanah supaya menjelaskan Cukai Tanah.


Khas buat rakyat di negeri Johor, Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) telahpun melancarkan Kempen Bulan Membayar Cukai Tanah  2012 bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012.

Kempen Bulan Membayar Cukai Tanah 2012

  • Sebagai mengiktiraf sumbangan pembayar cukai kepada ekonomi negeri Johor, maka  Pentadbiran Tanah Johor akan melaksanakan kempen bulan membayar cukai bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012.
  • Untuk tempoh ini pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan bagi semua pembayar cukai  yang menjelaskan cukai tanahnya bermula dari 1 hingga 31 Januari 2012.
  • Bagi pembayar cukai yang menjelaskan cukainya dalam tempoh tersebut mereka akan diberikan rebat 1% dan rebat 5% atas semua denda tunggakan cukai.
  • Selain daripada itu semua pembayar cukai akan dibenarkan menjelaskan cukai tanahnya secara advance tertakluk kepada tahun akhir semakan cukai.
  • Pembayar-pembayar cukai bolehlah datang ke kaunter-kaunter Pejabat- pejabat Tanah Daerah atau Pejabat tanah Daerah Kecil dan juga Pejabat Tanah dan Galian Johor Nusajaya sepertimana alamat di Lampiran A.
  • Pembayaran juga boleh dibuat secara Online (Sila layari - Portal Pembayaran Online), tunai, kad kredit/debit tempatan, cek, bank deraf, kiriman wang, wang pos atas nama PENTADBIR TANAH (di mana pembayaran dibuat) mengikut daerah.

Selari dengan perkembangan teknologi, kedua-dua jenis cukai ini sudah boleh dijelaskan melalui pembayaran dalam talian. Apabila ada perkhidmatan sebegini, memang amat memudahkan. Sekarang tiada lagi alasan untuk terlupa membayar Cukai Tanah!










Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan