Ramadan
April 17, 2019
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
17 April 2019
26 April 2018
21 April 2018
Johor Bahru
April 21, 2018
Sudah 1.4 Juta Views!
Alhamdulillah. Gambar yang dimuat naik ke Google Maps ini telah dilihat sebanyak 1.4 juta kali.
Sejujurnya saya tidak menyangka bahawa gambar Bangunan Sultan Ibrahim yang diambil dan dimuat naik pada sekitar bulan Julai 2017 boleh mencapai tahap sedemikian.
Apabila salah satu gambar yang diambil boleh mencapai tahap sedemikian, tentunya ia menjadi pembakar semangat untuk terus mengambil gambar-gambar berkualiti dan relevan untuk dimuat naik ke Google Maps.
Berikut adalah peta lokasi Bangunan Sultan Ibrahim yang bersejarah serta sinonim dengan imej Bandaraya Johor Bahru.
![]() |
Bangunan Sultan Ibrahim - Bukit Timbalan, Johor Bahru |
Sejujurnya saya tidak menyangka bahawa gambar Bangunan Sultan Ibrahim yang diambil dan dimuat naik pada sekitar bulan Julai 2017 boleh mencapai tahap sedemikian.
Apabila salah satu gambar yang diambil boleh mencapai tahap sedemikian, tentunya ia menjadi pembakar semangat untuk terus mengambil gambar-gambar berkualiti dan relevan untuk dimuat naik ke Google Maps.
Berikut adalah peta lokasi Bangunan Sultan Ibrahim yang bersejarah serta sinonim dengan imej Bandaraya Johor Bahru.
12 Mei 2017
17 Jun 2015
Ramadan
Jun 17, 2015
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1436 / 2015 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Zon 2
Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3
Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4
Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
Zon 1
Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2
Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3
Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4
Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015
![]() |
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015 |
05 September 2014
Johor Bahru
September 05, 2014
100 Doraemon Secret Gadgets Expo - Kami Sudah Ke Sana!
Pada cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadgets Expo yang berlangsung di Johor Bahru City Square. Expo yang dianjurkan oleh Animation International (M) Sdn. Bhd. ini akan berada di Johor Bahru bermula 30 Ogos 2014 sehingga 4 Januari 2015.
Bermacam-macam Doraemon! |
23 Jun 2014
Ramadan
Jun 23, 2014
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1435 / 2014 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
22 Jun 2013
Ramadan
Jun 22, 2013
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1434 / 2013
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1434 / 2013 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jakim.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
18 November 2012
Johor Bahru
November 18, 2012
Kota Iskandar - Menjadi Pemandu Pelancong Tidak Rasmi
Rasanya tahun ini sudah beberapa kali saya ke Kota Iskandar, Nusajaya [Link]. Semuanya disebabkan saya menggalas tugas selaku jurupandu arah serta pemandu pelancong tidak rasmi kepada saudara mara dan kaum keluarga terdekat. Seronok memperkenalkan sambil mempromosi tempat atau lokasi ini kepada mereka.
Realitinya, ramai diantara saudara mara serta kaum keluarga terdekat yang masih lagi tidak tahu lokasi sebenar Iskandar Malaysia dan Pusat Pentadbiran Baharu Negeri Johor walaupun cerita berkenaannya saban hari keluar di televisyen.
Bila ada saudara mara yang datang ke Johor Bahru dan bertanyakan pendapat tentang tempat-tempat menarik sekitar Johor Bahru? Balas saya mudah.. "Sudah samapi ke Kota Iskandar?" Kalau belum, boleh masukkan Kota Iskandar sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi.
04 September 2012
Johor Bahru
September 04, 2012
JB ARTS FESTIVAL 2012 - Kalender Lengkap Persembahan
JB Arts Festival. Dari muzik klasik kepada kontemporari, kebudayaan, tarian tradisional, teater dan komedi.
Tentunya terdapat sesuatu yang istimewa untuk setiap orang. Komponen interaktif seperti pelbagai bengkel membolehkan anda benar-benar menjadi sebahagian daripada semua ini.
Berada dalam bulan September, festival tahun ini juga akan meraikan Hari Malaysia (September 16) dengan Budaya Malaysia. Ini mungkin masa yang paling sesuai untuk menyambutnya dengan budaya yang unik dan warisan Malaysia, penyatuan yang berwarna-warni hebat dengan identiti budaya kita yang indah.
JB Arts Festival ke-9 tidak hanya sekadar festival, ia adalah gaya hidup, ia adalah siapa kita. Jumpa anda di Bukit Timbalan!
JB Arts Festival ke-9 tidak hanya sekadar festival, ia adalah gaya hidup, ia adalah siapa kita. Jumpa anda di Bukit Timbalan!
Berikut adalah Kalender Lengkap Persembahan - JB Arts Festival:
03 September 2012
Johor Bahru
September 03, 2012
GEGO 2012 Johor Bahru (JB Arts Festival)
GEGO 2012 @ JOHOR BAHRU (JB Arts Festival)
Sabtu, 8 September 2012
10:00am - 11:30pm
10:00am - 11:30pm
JB Arts Festival
Tiket : RM10 (Free merchandise included)
- CAR BOOT SALE annual gatherings
- LIFESTYLE/COMMUNITY annual gatherings
SPECIAL PERFORMANCE (2pm till end)
* Plague of Happiness
* Bittersweet
* Couple
* Statik
* Pelanggaran Akta Bunyi
* Medinee
* 26eleven
* Pinholes (SG)
* Akar Kayu
* Redemption
- VINTAGE cars and motorbikes annual gatherings
- HOT Air Balloon Ride.
more coming..
- CAR BOOT SALE annual gatherings
- LIFESTYLE/COMMUNITY annual gatherings
SPECIAL PERFORMANCE (2pm till end)
* Plague of Happiness
* Bittersweet
* Couple
* Statik
* Pelanggaran Akta Bunyi
* Medinee
* 26eleven
* Pinholes (SG)
* Akar Kayu
* Redemption
- VINTAGE cars and motorbikes annual gatherings
- HOT Air Balloon Ride.
more coming..
13 Julai 2012
Ramadan
Julai 13, 2012
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1433 / 2012
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1433 / 2012 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jakim.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
05 Jun 2012
Johor Bahru
Jun 05, 2012
Jalan-Jalan Di Iskandar Malaysia - Zon Ekonomi Utama B : Nusajaya
Antara tempat yang berdekatan dengan kediaman kami tetapi belum sekali pun berkesempatan untuk singgah di sana ialah Pelabuhan Puteri (Puteri Harbour) dan Kota Iskandar yang terletak di dalam Kawasan Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia), Nusajaya. Mungkin kerana kawasan disekitarnya masih dalam pembinaan serta belum dibangunkan sepenuhnya membuatkan keinginan untuk pergi dipendamkan dahulu.
Kadang-kadang terasa malu juga apabila ditanya oleh rakan-rakan serta saudara mara yang tinggal di negeri lain mengenai Kawasan Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) [Link] yang sentiasa mendapat liputan meluas di media. Sejujurnya kami yang tinggal berhampiran pun masih belum menyempatkan diri untuk singgah di sana!
![]() |
Pelabuhan Puteri (Puteri Harbour) |
24 Januari 2012
Johor
Januari 24, 2012
Bila Hujan Tak Perlu Bayar Tol!
Sejak seminggu yang lepas, sudah kerap kali hujan turun lebih kurang jam 2 petang. Keadaan akan jadi kelam kabut sedikit di sesuatu majlis perkahwinan kerana pada waktu itu adalah waktu ketibaan biasa bagi pengantin ke majlis perkahwinan.
Cerita yang sama ketika kami tiba di sebuah majlis perkahwinan di Simpang Renggam semalam. Ketika rombongan pengantin lelaki sampai ke majlis tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kecuali ada sedikit kesesakan di kawasan meja makan menyebabkan tetamu yang hadir sukar untuk mendapat meja kosong.
Maklumlah hujan, semua orang cuba mendapatkan tempat untuk berteduh. Kawasan untuk berteduh yang ada pula hanyalah di khemah tempat tetamu makan. Jadi keadaan agak sedikit sesak di situ.
Maklumlah hujan, semua orang cuba mendapatkan tempat untuk berteduh. Kawasan untuk berteduh yang ada pula hanyalah di khemah tempat tetamu makan. Jadi keadaan agak sedikit sesak di situ.
Tetapi ada pihak yang tentunya mengharapkan hujan ketika itu. Maklumlah adat di Johor ini agak unik sedikit. Rombongan pegantin lelaki akan ditahan di pelbagai tempat sebelum dibenarkan untuk duduk bersanding di pelamin.
Untuk melepasi semua halangan, pihak pengapit pengantin lelaki perlu memberikan sedikit saguhati kepada kumpulan atau individu yang membuat halangan. Mereka ini biasanya terdiri daripada sanak saudara sebelah pengantin perempuan. Senang cerita Orang Johor memanggil adat ini sebagai Tol! Mahu lalu kena bayar!
07 Januari 2012
Realiti
Januari 07, 2012
Cukai Awal Tahun!
Selain daripada memastikan segala persiapan persekolahan anak-anak berjalan dengan lancar, ada perkara penting lain yang perlu juga diselesaikan pada awal tahun iaitu menjelaskan cukai.
Bagi pemilik hartanah, cukai biasa yang perlu dijelaskan ialah Cukai Harta dan Cukai Tanah.
Bagi pemilik hartanah, cukai biasa yang perlu dijelaskan ialah Cukai Harta dan Cukai Tanah.
Cukai Harta
- Pembayaran cukai perlu dijelaskan 2 kali setahun.
- Penggal I bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari.
- Penggal II bermula dari 1 Julai sehingga 30 Ogos pada setiap tahun.
Cukai Tanah
- Hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun.
- Dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu..
- Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.
Bagi Cukai Harta selalunya tidak menjadi masalah kerana pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya) biasanya akan menghantar bil tuntutan pada awal tahun dan pertengahan tahun. Jadi sebaik sahaja menerima bil tuntutan, biasanya pembayaran telah boleh dilakukan.
Berlainan pulan dengan Cukai Tanah, memang tiada langsung bil tuntutan yang akan dihantar kepada pemilik hartanah oleh Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG).
Oleh kerana tiada bil tuntutan, kebarangkalian untuk terlupa membayarnya itu sangat tinggi! Namun begitu terdapat inisiatif oleh pihak PTG negeri yang biasanya menggunakan papan iklan di lokasi strategik untuk mengingatkan pemilik hartanah supaya menjelaskan Cukai Tanah.
Khas buat rakyat di negeri Johor, Pihak Berkuasa Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) telahpun melancarkan Kempen Bulan Membayar Cukai Tanah 2012 bermula dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012.
10 Disember 2011
JPO
Disember 10, 2011
Johor Premium Outlets - Kami Sudah Ke Sana!
Antara cerita dan berita terhangat sepanjang Disember 2011 dari Selatan Tanah Air ialah tentang pembukaan Johor Premium Outlets (JPO).
Kami sudah pun terlepas untuk menghadirkan diri ke sesi preview yang diadakan pada awal bulan ini. Namun begitu, semalam kekecewaan itu telah pun terubat dan berjaya ditebus. Akhirnya kami telah berjaya menjejakkan kaki ke sana.
Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.
Lokasi Dan Panduan Ke Destinasi
Memang pada mulanya tidak berapa pasti jalan manakah yang patut diguna untuk menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Berdasarkan kepada cerita daripada rakan-rakan yang telah pun ke sana, lokasinya adalah terletak di bersebelahan dengan Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai.
![]() |
Lokasi dan Panduan Ke JPO |
Setelah mengenal pasti laluan yang sepatutnya digunakan, kami telah berjaya sampai di sana sekitar jam 6:00 petang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dari kediaman kami.
Berikut Adalah Panduan Mudah Untuk Menuju Ke Johor Premium Outlets (JPO):
Dari Singapura melalui Woodlands | Singapura → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
Dari Singapura melalui 2nd Link | Singapura → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
Dari Kuala Lumpur | Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) |
Kemudahan Yang Disediakan
Sebaik sahaja sampai, memang agak kagum dengan barisan butik-butik berjenama terkenal yang ada di situ. Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan Johor Premium Outlets (JPO) merangkumi tempat permainan kanak-kanak, medan selera, eskulator, lift, surau, mesin ATM, perkhidmatan pengurup wang, Balai Polis serta tandas.
Cuma sedikit yang dikesalkan ialah saiz bilik surau yang disediakan itu agak kecil dan pastinya menyukarkan pengunjung untuk melakukan ibadah solat diawal waktu. Saiz bilik surau itu sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang ramai. Selain daripada itu nisbah saiz bilik surau itu langsung tidak berpadanan dengan saiz keseluruhan kompleks yang tersergam indah itu. Hal seperti ini seolah-olah sudah seperti menjadi kelaziman di negara ini.
Panduan Pengunjung - Senarai Jenama Dan Direktori
Berdasarkan senarai rasmi terdapat hampir 80 jenama terkenal yang dijual di Johor Premium Outlets (JPO). Namun begitu ada beberapa butik yang masih belum beroperasi lagi.
Berikut adalah senarai butik yang terdapat di Johor Premium Outlets (JPO) mengikut kategori dan nombor suite sebagai panduan kepada pengunjung :
15 September 2011
Johor Bahru
September 15, 2011
Coastal Highway Sudah Dibuka
Sudah 2 hari memandu ke tempat kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun kaki kiri masih terasa sengal-sengal. Maklumlah kereta yang dipinjam daripada adik adalah kereta bergear manual. Inilah akibat terbiasa memandu kereta automatik dan menunggang motorsikal. Bila memandu kereta manual terasa macam beban pula!
Mujur juga keadaan jalan raya di kawasan sebelah Skudai menghala ke Johor Bahru telah bertambah baik dan tiada lagi kesesakkan lalu lintas yang terlampau sejak pembukaan "Coastal Highway" tempohari. Arus kenderaan semakin lancar untuk menuju ke Pusat Bandar dan menghala ke Skudai pada waktu puncak. Alhamdulillah.
18 Julai 2011
Ramadan
Julai 18, 2011
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1432 / 2011
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1432 / 2011 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Johor.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
17 Februari 2011
Makan-Makan
Februari 17, 2011
Lotus Garden, The Zon Regency Hotel Johor Bahru
Baru sebentar tadi balik dari menghadiri "Chinese New Year Dinner" anjuran pihak syarikat. Tahun ini lokasi baharu telah dipilih setelah beberapa tahun tidak pernah bertukar tempat. Asyik makan ditempat yang sama tentu menjemukan bukan?
Lokasi yang dipilih tidak jauh dari pejabat, lantas memudahkan untuk semua pergi sebaik sahaja tamat waktu pejabat. Tahun ini pihak syarikat memilih Restoran Lotus Garden di The Zon Regency Hotel Johor Bahru untuk jamuan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kalau dahulu tekak memang sukar menerima masakan Cina tetapi sejak mula bekerja dan bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang berbangsa Cina, sedikit sebanyak telah mendapat maklumat mengenai budaya serta makanan masyarakat Cina secara amnya.
Seperkara lagi mengenai masakan Cina, bukan sahaja cirinya berbeza malah cara memakannya juga berbeza. Yang pastinya mereka menggunakan penyepit atau dikenali sebagai "chopsticks". Kalau pertama kali menggunakannya tentunya akan menimbulkan huru hara di meja makan!
Jadi, jika tidak biasa menggunakannya baik minta sahaja sudu dan garfu daripada pelayan. Untuk mahir menggunakan "chopsticks" pastinya mengambil masa beberapa bulan. Apa yang pasti untuk mendapatkan kecekapan maksimum perlu perbanyakkan latihan menggunakannya.
Memang tidak sah makan di restoran Cina jika tiada hidangan "Yee Sang", Sup Sirip Ikan Yu, "Butter Prawn" serta Ikan Bawal Putih Kukus dan lain-lain. Hidangan "Yee Sang" paling istimewa kerana hanya boleh didapati ketika musim Perayaan Tahun Baharu Cina dan hidangan ini secara eksklusifnya hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.
Memang menyeronokkan dapat makan bersama-sama rakan sekerja yang lain. Lebih-lebih lagi ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat :) Cuma terpaksa meminta diri untuk pulang awal walaupun masih ada 3 jenis hidangan yang belum tiba. Maklumlah tadi semasa hendak pergi ke The Zon Regency Hotel menumpang kereta rakan sepejabat. Jadi apabila beliau mahu pulang awal terpaksalah mengikutnya.
Lagipun kalau betul-betul hendak menunggu sehingga majlis tamat, mungkin akan menjangkau sehingga pukul 12:00 malam! Lebih baik pulang awal dan menyimpan tenaga untuk ke pejabat esoknya.
16 Februari 2011
Makan-Makan
Februari 16, 2011
Plaza Angsana, Beg Sandang, Kitab Iqra Dan Mee Rebus
Pada sebelah petang Cuti Maulidur Rasul, kami pergi Plaza Angsana untuk mencari beg sandang buat Nurin Iman dan kitab Iqra buat Nurin Amani. Sudah menetapkan dari awal lagi bahawa beg yang bakal dibeli haruslah tidak lebih daripada RM30.
Dalam pada berjalan-jalan dan meninjau dari satu kedai ke kedai yang lain akhirnya terjumpa dengan beg yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh Nurin Iman dan harga yang berpatutan. Memang sukar mencari pada mulanya kerana apa yang dikehendaki oleh Nurin Iman ialah beg warna hitam yang ada gambar kartun!
Satu Besar, Satu Kecil
Ingatkan bila sudah berjumpa dengan beg berkenaan masalah sudah selesai. Rupa-rupanya sebaik sahaja Nurin Iman terjumpa beg idamannya, adiknya pun merengek mahukan beg yang sama dengan kakaknya. Mujur juga ada versi mini beg tersebut. Jadi terpaksalah membeli satu untuknya.
Terlupa Si Adi Pun Sudah Pandai Meminta
Hasrat awal menetapkan kekangan harga sekitar RM30 terpaksa diabaikan kerana si adik pun mahukan beg juga. Tidak mengapalah terlebih sedikit dari jangkaan awal, asalkan kedua-duanya gembira. Kadang-kadang terlupa yang si adik pun sudah tahu meminta :)
Mee Rebus Haji Wahid
Selesai membeli belah, kami menuju ke medan selera di Plaza Angsana untuk makan malam. Sementara mencari meja kosong, kami lalu di hadapan Gerai Mee Rebus Haji Wahid. Terus mendapat ilham untuk makan mee rebus.
![]() |
Mee Rebus Haji Wahid - Antara Yang Terbaik Di Johor Bahru |
Hari-hari Makan Pun Tidak Mengapa!
Rasanya baru 2 minggu lepas dapat makan mee rebus ketika balik ke kampung di Kluang. Hari ini makan mee rebus lagi!
Sebenarnya kalau hari-hari makan mee rebus pun tidak mengapa kerana ia tidak menjemukan. Entahlah mungkin kami penggemar mee agaknya. Manakala untuk anak-anak kami pesan Yong Tauhu.
Cuma untuk makan di Gerai Mee Rebus Haji Wahid ni kena ada sedikit kesabaran kerana terpaksa beratur. Maklumlah ramai orang gemar makan mee rebus!
Mee rebus di sini antara yang terbaik di Johor Bahru.