Cerita Tentang [
Proton Satria
]

Proton Satria - Masalah Timing Rendah

Petang semalam Saya ke bengkel kereta berdekatan dengan kediaman untuk meminta bantuan mekanik bagi mengenal pasti masalah pada kereta. Masalah yang tidak berapa seruis sebenarnya tetapi agak menggangu kelancaran dan keselesaan memandu jarak dekat.

Masalah yang dihadapi oleh Proton Satria ini ialah berkaitan dengan "Timing" enjin yang rendah ketika melahu (idle) dan ketika berhenti dipersimpangan. Kadang-kadang kalau nasib tidak baik, enjin kereta boleh mati tiba-tiba!

Saya memberitahu mekanik akan hal itu dan setelah membuat diagnosis mudah didapati bahawa, getah penghalang minyak (Oil Seal) untuk kebuk palam pencucuh telah keras dan mengakibatkan minyak masuk ke kebuk tersebut. Masalah bertambah rumit apabila kabel palam pencucuh (Spark Plug Cable) juga sudah tidak berapa bagus. 



Proton Satria 1.6 XLi
Proton Satria 1.6 XLi

Setelah berjaya mengenal pasti masalah tersebut, kerja-kerja pembaikan segera dilakukan. Untuk model Proton Satria 1.6, penutup kepala enjin (Engine Head Cover) perlu dibuka bagi menggantikan getah penghalang minyak (Oil Seal).


Proton Satria 1.6 XLi
Proton Satria 1.6 XLi

Alhamdulillah kedua-dua peralatan yang disahkan bermasalah itu telah selamat digantikan. Kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan agak pantas kerana diagnosis awal mekanik terhadap masalah ini dilakukan dengan tepat.

Walaupun sudah membaikinya, kereta ini masih belum lagi dapat diuji sepenuhnya. Insyallah hujung minggu ini ia akan diuji secukupnya. Harap masalah ini sudah selesai sepenuhnya.





:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment