BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Februari 2012

Ferrari 250 GTO - Saya Bangga Memilikinya!

Sebuah model klasik Ferrari 250 GTO keluaran tahun 1963 telah menjadi kereta termahal di Britain setelah ia bertukar tangan dengan harga £20.2 juta pound. 



Ferrari 250 GTO - Kereta Termahal Di Britain
Ferrari 250 GTO



Dengan harga semahal itu, menjadikan kereta Ferrari itu sebagai kereta kedua termahal di dunia selepas  Bugatti 57SC Atlantic keluaran tahun 1936.

Ferrari 250 GTO menjadi model yang paling diidamkan oleh peminat kereta klasik berikutan hanya terdapat sebanyak 39 buah kenderaan itu yang dibina diantara tahun 1962 sehingga 1964.

Ferrari 250 GTO keluaran 1963, bernombor siri 5095 dipercayai telah dijual oleh pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan British terkenal iaitu Jon Hunt. Pada tahun 2010 beliau membeli kereta itu dengan harga £15.7 juta pound yang juga merupakan satu rekod dunia pada ketika itu.

Kereta tersebut dilancarkan oleh Enzo Ferrari sekitar tahun 60an, cuma berharga £6,000 pada ketika itu. Dilengkapi dengan enjin V12 silinder dan berkapasiti 3 liter serta menjana sebanyak 300 kuasa kuda. Mampu memecut dari 0 - 60mph dalam masa 6.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 174mph.

Kini kereta klasik Ferrari dilihat sebagai karya Picasso dalam dunia permotoran. Ramai juga yang mengaggapnya sebagai satu pelaburan yang baik.

----------------------

Sambil-sambil menaip entry ini, tiba-tiba teringat yang Saya sebenarnya memiliki Ferrari 250 GTO dalam bentuk model. Memang tidak teringat langsung mengenainya walaupun sentiasa ada dihadapan mata, sehinggalah kisah Ferrari 250 GTO menjadi salah satu berita sensasi di internet.


Ferrari 250 GTO - Koleksi Shell Skala 1:38
 1:38



Kedua-duanya diletakkan diatas meja pejabat. Satu disebelah PC manakala satu lagi diatas PC. Sudah agak lama juga menyimpannya. Rasanya sudah melebihi 4 tahun.



Ferrari 250 GTO - Koleksi Mattel Skala 1:64



Model plastik berskala 1:38 daripada koleksi Shell V-Power Ferrari Hotwheels dan satu lagi adalah model die-cast berskala 1:64 juga keluaran Hotwheels. Kedua-duanya boleh dikatakan agak sukar ditemui dan dijaga rapi oleh pemiliknya.

Agak-agak kalau Saya menjualnya ada peluang tak jadi jutawan? :D


Sumber, The Telegraph



Tiada ulasan:

Catat Ulasan