![]() |
Proton Satria Neo S2000 |
Memulakan hari kedua Rally Sweden dengan kelebihan 2 minit. Walau bagaimanapun Per-Gunnar Andersson terpaksa melihat kelebihan yang dimilikinya pada perlumbaan katageri S-WRC itu dihakis oleh pesaing terdekatnya Craig Breen yang memandu jentera Ford.
Bagaimana pun selepas pihak Pasukan Proton Motorsports menukar kesemua "damper" pada jentera yang dipandu oleh Per-Gunnar Andersson, beliau telah berjaya menamatkan perlumbaan pada hari kedua dengan kelebihan 3 minit.
![]() |
Proton Satria Neo S2000 |
Pengurus pasukan Chris Mellors menerangkan situasi yang dihadapi oleh Per-Gunnar Andersson, "Akibat daripada "damper" yang membeku, telah menyebabkan pengendalian jentera itu semakin sukar. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak pasukan mengambil keputusan untuk menukar kesemuanya." Hanya 30 minit diperlukan untuk menukar kesemuanya.
Semoga kelebihan yang diperolehi pada hari kedua akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses untuk memberikan mata pertama dalam siri perlumbaan S-WRC.
Sumber, S-WRC Official , Paul Tan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan