Zoo Johor - Bahagian 2 (2012)

Kami ke Zoo Johor pada hari Selasa yang lalu. Memang sudah agak lama tidak ke sana. Kali terakhir ke Zoo Johor pada tahun 2009. 

Pada ketika itu Nurin Iman masih lagi bersekolah tadika. Nurin Amani pula baru berusia setahun. Jadi sudah sampai masa untuk membawa mereka sekali lagi ke Zoo Johor.


Tidak banyak yang berubah, cuma pada kunjungan kali ini sudah ada pertunjukkan burung yang dilakukan oleh pihak Zoo Johor.

Pertunjukan yang agak menghiburkan oleh tiga ekor burung kakak tua yang telah dilatih khas untuk melakukan persembahan. Cuma agak pelik kerana Nurin Amani tidak tertarik langsung untuk melihatnya. Apabila ditanya kenapa? Katanya mudah, dia mahu melihat harimau!



Melihat persembahan burung sebentar kemudian terus ke kurungan harimau. Sihat benar harimau yang ada. Maklumlah makan dan minum mereka terjaga. Yang paling teruja tentulah Nurin Amani. Entah apa yang dia suka sangat tentang harimau, Saya kurang pasti. Apa pun, permintaannya untuk melihat harimau telah pun ditunaikan.


Hajat untuk melihat anak-anak gajah yang lahir pada tahun 2009 dahulu tidak kesampaian kerana kesemua gajah-gajah yang ada telah dihantar menjalani latihan semula di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah
.


Kalau gajah-gajah ini ada, tentu sudah besar. Video lama ini diambil semasa kali terakhir kami berkunjung ke Zoo Johor pada tahun 2009.

Kunjung ke Zoo Johor kali ini lebih bermakna kerana anak-anak sudah besar dan mereka dapat memahami dan merasai sendiri pengalaman melihat haiwan.

Seronok benar Nurin Amani, sehingga sudah sampai ke rumah masih lagi bercerita tentang burung unta, sambil meniru gaya burung unta sedang makan!








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™