BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Johor Bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor Bahru. Papar semua catatan

26 April 2018

21 April 2018

April 21, 2018

Sudah 1.4 Juta Views!

Alhamdulillah. Gambar yang dimuat naik ke Google Maps ini telah dilihat sebanyak 1.4 juta kali.


Bangunan Sultan Ibrahim - Bukit Timbalan, Johor Bahru
Bangunan Sultan Ibrahim - Bukit Timbalan, Johor Bahru



Sejujurnya saya tidak menyangka bahawa gambar Bangunan Sultan Ibrahim yang diambil dan dimuat naik pada sekitar bulan Julai 2017 boleh mencapai tahap sedemikian.



https://www.google.com/maps/contrib/105246538856584636059/photos/@1.45774,103.761801,3a,75y,90t/data=!3m7!1e2!3m5!1sAF1QipMPKGXandEldUrq2YZu9Gv0nKulT48sORhPzLYV!2e10!6shttps:%2F%2Flh5.googleusercontent.com%2Fp%2FAF1QipMPKGXandEldUrq2YZu9Gv0nKulT48sORhPzLYV%3Dw462-h260-k-no!7i3166!8i1781!4m3!8m2!3m1!1e2


Apabila salah satu gambar yang diambil boleh mencapai tahap sedemikian, tentunya ia menjadi pembakar semangat untuk terus mengambil gambar-gambar berkualiti dan relevan untuk dimuat naik ke Google Maps.

Berikut adalah peta lokasi Bangunan Sultan Ibrahim yang bersejarah serta sinonim dengan imej Bandaraya Johor Bahru.

10 April 2017

April 10, 2017

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - April 2017

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan April 2017. Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak HSI - April 2017
Jadual Kempen Derma Darah Bergerak HSI - April 2017

Sumber: Hospital Sultan Ismail Johor Bahru


02 Julai 2015

Julai 02, 2015

Jadual Kempen Menderma Darah (HSA) - Julai 2015

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Julai 2015.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

 Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Julai 2015
 Jadual Kempen Menderma Darah HSA Johor Bahru Bagi Bulan Julai 2015

Sumber : FB - Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru


25 Januari 2015

Januari 25, 2015

Mahu Kelainan? Jom Cuba Aiskrim Pasu!

Kami ke Bazar JB semalam. Pengunjung tempatan lebih mengenali tempat ini dengan nama Pasar Karat. Sebenarnya, ini adalah aktiviti biasa bagi kami sekeluarga. Jalan-jalan di hujung minggu. Namun begitu, kali ini ada sesuatu yang menarik perhatian kami.


Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya
Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya


Bila Ramai Orang Beratur..



Bila lihat ramai orang beratur, tentu ada sesuatu yang istimewa dan "trending" sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka ini sedang beratur untuk membeli Aiskrim Pasu!



Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat
Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat



Jumpa Aiskrim Pasu Di Pasar Karat!



Tak sangka pula boleh terjumpa Aiskrim Pasu di Pasar Karat. Pun begitu, saya sebenarnya selalu terlihat gambar-gambar asikrim ini di Instagram.



Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?
Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?


Teruja Untuk Mencuba Aiskrim Pasu



Seperti biasa yang teruja tentulah anak-anak. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Sanggup beratur bersama-sama orang lain untuk mendapatkannya.



Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!
Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!


Reaksi anak-anak selepas menikmati Aiskrim Pasu



Berikut adalah reaksi spontan anak-anak ketika ditanya mengenai Aiskrim Pasu yang telah dinikmati oleh mereka:

Kakak- Sedap! Kalau boleh mahu tambah lagi.
Adik - Rasa macam makan pasir! (Merujuk kepada "topping" Oreo kisar)


Aiskrim Pasu - Inovasi Persembahan Produk Makanan



Nampaknya isu berkaitan dengan citarasa sememangnya ada pro dan kontra. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, inovasi pada persembahan terhadap produk makanan tentunya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan pada masa-masa yang akan datang. Untuk RM5 dan pengalaman merasai keunikkan adalah sesuatu yang "priceless".


09 Januari 2015

Januari 09, 2015

Mari Meluncur Tanpa Ais di Skating Rink!

Kami memulakan tahun baharu 2015 dengan meluncur di Skating Rink, Sutera Mall. Memang ini bukanlah acara yang menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga. Pun begitu, ini adalah aktiviti menarik untuk memulakan tahun baharu.


Skating Rink, Sutera Mall
Skating Rink, Sutera Mall 


Agak teruja sebenarnya bila mengetahui bahawa berdekatan dengan tempat tinggal kami sudah ada gelanggang meluncur ais yang sudah dibuka. Maklumlah sebelum ini jika mahu meluncur ais sudah tentu gelanggang meluncur ais yang berada di Sunway Pyramid terpampang di dalam kotak fikiran.



Teruja Untuk Memulakan Aktiviti!


Meluncur Tanpa Ais!


Namun begitu, sangkaan kami meleset. Gelanggang meluncur ais yang kami sangkakan itu sebenarnya adalah gelanggang meluncur sintetik! Benar, memang tiada ais. Permukaan gelanggang dibuat menggunakan bahan yang dipercayai polimer yang dibangunkan oleh syarikat Xtraice.



Adik Confident, Kakak Takut-takut! - Meluncur Tanpa Ais
Adik Confident, Kakak Takut-takut!

Jatuh Dan Bangkit Semula Dengan Senyuman!


Tidak kisahlah sama ada ianya ais ataupun bukan. Keseronokkan melakukan aktiviti tersebut menjadi ukuran.





Yang pastinya di gelanggan meluncur ini, tiada siapa yang malu bila terjatuh. Bila bangun muka masih tetap bersemangat dan tersenyum!



Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan
Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan



08 Januari 2015

Januari 08, 2015

Muzium Warisan Tionghua - Memahami Budaya Masyarakat Setempat

Antara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru ialah Muzium Warisan Tionghua (Johor Bahru Chinese Heritage Museum). Untuk masuk, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan ditutup pada hari Isnin. 


Johor Bahru Chinese Heritage Museum
Johor Bahru Chinese Heritage Museum (Muzium Warisan Tionghua)


Terletak di Jalan Ibrahim, muzium ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya sekeluarga berkesempatan untuk melawat muzium ini pada cuti Hari Krismas yang lalu.


Koleksi Pameran Menarik


Muzium Warisan Tionghua - Terdirinya Sebuah Bandar Baru




























Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang menarik berkaitan sejarah perkembangan masyarkat Cina serta sejarah negeri Johor secaram amnya.



Muzium Warisan Tionghua - Ruang Pameran Yang Kemas Dan Teratur
Muzium Warisan Tionghua - Ruang Pameran Yang Kemas Dan Teratur


Maklumat dan penerangan mengenai bahan-bahan pameran disusun dengan baik serta disediakan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandrian dan Inggeris untuk memudahkan pengunjung.



Lada Hitam - Komoditi Penting


Muzium Warisan Tionghua - Pemprosesan Lada Hitam
Muzium Warisan Tionghua - Pemprosesan Lada Hitam



Manakala di tingkat 3 bangunan muzium ini sedang berlangsung pameran mengenai tanaman lada hitam yang menjadi komoditi terpenting di Negeri Johor pada awal kurun ke 20.


Meningkatkan Kefahaman


Muzium Warisan Tionghua - Masyarakat Cina Dan Negari Johor
Muzium Warisan Tionghua - Masyarakat Cina Dan Negari Johor


Melalui kunjungan ini banyak maklumat yang diperolehi terutamanya mengenai perkembangan sistem kangchu, budaya masyarakat Cina serta peranannya menjadikan tanaman lada hitam sebagai komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden.

Berikut adalah peta lokasi Muzium Warisan Tionghua Johor Bahru:


23 Disember 2014

Disember 23, 2014

Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor

Satu lagi muzium yang kami kunjungi ketika cuti persekolahan kali ini ialah Muzium Tokoh. Bangunan muzium ini dikenali sebagai Bangunan Dato' Jaafar terletak di puncak Bukit Senyum, (Jalan Yahya Al-Dattar) Johor Bahru.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh


Bangunan Dato' Jaafar



Asalnya bangunan ini adalah kediaman rasmi menteri besar pertama Johor iaitu Dato' Jaafar Muhammad. Fungsi bangunan ini berubah mengikut peredaran zaman.




Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Landskap Mini YangMenarik



Pernah juga dijadikan Maktab Perguruan Bahasa, markas tentera Jepun dan Inggeris, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Akhirnya bangunan ini diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor untuk dijadikan Muzium Tokoh.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Bahagian Dalaman 


Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor



Kunjungan ke Muzium Tokoh adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sejarah Negeri Johor secara am serta sejarah Kesultanan Melayu Johor secara khasnya.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Maklumat mengenai sejarah Kesultanan Melayu Johor telah digarap dengan baik melalui props serta bahan pameran yang berkaitan oleh pihak pengurusan muzium.


Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Aktiviti Bersama Rakyat


Segala aktiviti penting yang melibatkan Kesultanan Melayu Johor dan rakyat di Negeri Johor telah didokumentasikan dan di ceritakan semula kepada pengunjung didalam bentuk pameran seperti Kembara Mahkota Johor.



Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Alhamdulillah kunjungan ke Muzium Tokoh telah sedikit sebanyak membantu mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Johor serta menambahkan lagi kefahaman tentang sesetengah perkara. 

Masuk adalah PERCUMA. Sebaik-baiknya sila datang sebelum jam 4:30 petang. Berikut adalah peta lokasi Muzium Tokoh Johor:




03 November 2014

November 03, 2014

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - November 2014

Berikut adalah Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada bulan November 2014. 


Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Sekitar Johor Bahru
Jom Derma Darah


Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah. 


TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
01/11/2014
(Sabtu)
Dataran Kawad
UTM Skudai
Tabung Darah HSIJB 10:00am-04:30pm
02/11/2014
(Ahad)
KSL City Mall
St John's Ambulance Tampoi & Pemuda Dan Wanita MCA 10:30am-04:00pm
09/11/2014
(Ahad)
Plaza Tasek
Tmn Ungku Tun Aminah
Persatuan Ci Bei Skudai 10:00am-04:00pm
15/11/2014
(Sabtu)
Plaza Pelangi (Level 1)
Persatuan Sedarah Malaysia
10:00am-04:00pm
16/11/2014
(Ahad)
Sutera Mall (Level 1)
Persatuan Kebajikan Kasih Sayang
10:30pm-04:00pm
22/11/2014
(Sabtu)
KSL City Mall
Persatuan Amitabha Malaysia 10:30am-04:00pm
23/11/2014
(Ahad)
Giant Plentong (FoodCourt)
RELA Tmn Johor Jaya
11:00pm-04:30pm
29/11/2014
(Sabtu)
Today Mall Ulu Tiram
Tabung Darah HSIJB
10:00pm-04:00pm
30/11/201
(Ahad)
New Life Church Jln Permas 9/12 Permas Jaya
New Life Church
10:30pm-04:00pm

Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :

Ahad hingga Rabu - 8:00 Pagi hingga 4:30 Petang   
Khamis - 8:00 Pagi hingga 3:00 Petang


Sila hubungi Unit Tabung Darah HSIJB 3 hari sebelum program berlangsung untuk pengesahan tarikh dan tempat.

Sebarang pertanyaan/urusan berkaitan pendermaan darah atau berminat untuk menganjurkan program kempen derma darah, sila hubungi :


Cik Magdellina ak Alfred Jeho 013-2449277 Waktu pejabat sahaja
Telefon pejabat 07-3565000 ext 4134 / 4146 Waktu pejabat sahaja


05 September 2014

September 05, 2014

100 Doraemon Secret Gadgets Expo - Kami Sudah Ke Sana!

Pada cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadgets Expo yang berlangsung di Johor Bahru City Square. Expo yang dianjurkan oleh Animation International (M) Sdn. Bhd. ini akan berada di Johor Bahru bermula 30 Ogos 2014 sehingga 4 Januari 2015.  


100 Doraemon Secret Gadgets Expo - Kami Sudah Ke Sana!
Bermacam-macam Doraemon!

23 Julai 2014

Julai 23, 2014

Jadual Kempen Menderma Darah (HSA) - Ramadan & Syawal 2014

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada bulan Ramadan & Syawal 2014.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.


Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada bulan Ramadan & Syawal 2014.
Derma Darah Menyelamatkan Nyawa

09 Julai 2014

Julai 09, 2014

Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) - Jalan Perwira 19

Setelah selesai urusan di Pejabat POS, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah. Walaupun sudah beberapa hari berpuasa, inilah kali pertama saya sekeluarga pergi ke bazar ramadan. 

Lokasi Baharu


Lokasi bazar ramadan ini telah pun ditukar oleh pihak MPJBT. Kalau dahulu ia diadakan di Jalan Perwira 3. Manakala bagi tahun ini, lokasinya ialah di Jalan Perwira 19. Saya berpendapat lokasi baharu ini lebih baik kerana lebih luas serta boleh menempatkan peniaga di kedua-dua arah bertentangan dan yang paling bagus sekali ialah ianya ditutup bagi trafik sewaktu perniagaan berlangsung. Langkah-langkah yang telah diambil ini sememangnya membuat penggunjung lebih selesa.




Rambang Mata


Memang rambang mata melihat pelbagai jenis juadah yang dijual. Semunya nampak menyelerakan. Namun begitu, misi kami jelas iaitu mencari juadah kegemaran kami sekeluarga iaitu mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!


Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Harga Masih Lagi Munasabah


Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.  



Mee Rebus Sahabat - Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Cuma harga Mee Rebus Sahabat tahun ini naik 50sen kepada RM3.50 berbanding tahun lepas RM3.00! [Link] Tidak mengapalah, asalkan saiz hidangan dan kualitinya tetap seperti dahulu.

20 Julai 2013

Julai 20, 2013

Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA)

Walaupun lokasi Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) berdekatan dengan kediaman, saya tidak selalu singgah. Kebetulan pada hari Khamis yang lepas saya tidak bekerja, jadi saya sekeluarga mengambil kesempatan itu untuk berkunjung ke bazar ramadan. 





Rambang mata setiap kali be bazar ramadan. Semuanya nampak menarik dan sedap! Namun begitu misi serta rancangan perlu sentiasa dipastikan pada landasan yang betul. Kalau tidak tentu terbeli lebih! Antara juadah yang menjadi buruan kami setiap kali ke bazar ramadan adalah mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!





Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.




Cuma kali ini saya agak tertarik dengan penjual mee rebus yang menurunkan harga! Kalau tahun lepas ianya dijual pada harga RM3.50, sekarang harganya RM3.00. Yang penting saiz hidangan dan isi kandungannya masih lagi sama. 

Turun harga itu bagus, disaat semua barangan dan perkhidmatan naik harga!

26 Mei 2013

Mei 26, 2013

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru

Biasalah bila tiba bab-bab makan, saya sentiasa terlambat!

Walaupun sudah lama Burger Bakar Abang Burn sampai di Jajahan Johor Bahru, baru kini saya berpeluang mencubanya.

Ironinya lokasi perniagaan ini sebenarnya berdekatan dengan tempat saya bekerja. Malah jika mahu pulang ke rumah pun akan lalu dihadapannya. Selama ini saya hanya sempat ambil baunya sahaja setiap kali lalu!



Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi
Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi


Akhirnya pada hari Jumaat yang lepas bersempena dengan sambutan Hari Wesak, saya sekeluarga mengunjunginya. Memandangkan hari tersebut adalah cuti umum dan secara rasminya bermula cuti persekolahan, bagus juga jika sekali sekala makan di luar dan mencuba sesuatu yang berlainan.



Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef
Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef


Sejujurnya saya memang peminat burger. Malah boleh dikatakan seluruh ahli keluarga meminatinya kecuali anak saya yang nombor dua. Apa pun percubaan pertama ini sememangnya satu pengalaman yang mengujakan walaupun agak keliru dengan konsep mereka pada mulanya.

Terus terang saya katakan untuk menghabiskan burger sebesar itu memang agak meletihkan! Sedap? Itu semestinya..  Lain kali jika ke sini lagi saya sangat teruja untuk mencuba Burger Kambing Bakar!

Perniagaan Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru dibuka seawal jam 5:00 petang - 12:30 pagi setiap hari dan beralamat di B.Point Station, Lot 25231-A, Jalan Yahya Al-Datar, 80000 Johor Bahru. Untuk maklumat lebih lanjut tentang menu yang ditawarkan serta lain-lain maklumat, adalah disarankan untuk melayari halaman web ini [Link]


18 November 2012

November 18, 2012

Kota Iskandar - Menjadi Pemandu Pelancong Tidak Rasmi

Rasanya tahun ini sudah beberapa kali saya ke Kota Iskandar, Nusajaya [Link]. Semuanya disebabkan saya menggalas tugas selaku jurupandu arah serta pemandu pelancong tidak rasmi kepada saudara mara dan kaum keluarga terdekat. Seronok memperkenalkan sambil mempromosi tempat atau lokasi ini kepada mereka.


Jata Negeri Johor - Kota Iskandar




Realitinya, ramai diantara saudara mara serta kaum keluarga terdekat yang masih lagi tidak tahu lokasi sebenar Iskandar Malaysia dan Pusat Pentadbiran Baharu Negeri Johor walaupun cerita berkenaannya saban hari keluar di televisyen.



Jalan-jalan Kota Iskandar, Nusajaya



Bila ada saudara mara yang datang ke Johor Bahru dan bertanyakan pendapat tentang tempat-tempat menarik sekitar Johor Bahru?  Balas saya mudah.. "Sudah samapi ke Kota Iskandar?" Kalau belum, boleh masukkan Kota Iskandar sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi.


02 Oktober 2012

Oktober 02, 2012

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - Oktober 2012

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Oktober 2012.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

04 September 2012

September 04, 2012

JB ARTS FESTIVAL 2012 - Kalender Lengkap Persembahan



JB Arts Festival. Dari muzik klasik kepada kontemporari, kebudayaan, tarian tradisional, teater dan komedi.

Tentunya terdapat sesuatu yang istimewa untuk setiap orang. Komponen interaktif seperti pelbagai bengkel membolehkan anda benar-benar menjadi sebahagian daripada semua ini. 

Berada dalam bulan September, festival tahun ini juga akan meraikan Hari Malaysia (September 16) dengan Budaya Malaysia. Ini mungkin masa yang paling sesuai untuk menyambutnya dengan budaya yang unik dan warisan Malaysia, penyatuan yang berwarna-warni hebat dengan identiti budaya kita yang indah.

JB Arts Festival ke-9 tidak hanya sekadar festival, ia adalah gaya hidup, ia adalah siapa kita. Jumpa anda di Bukit Timbalan! 

Berikut adalah Kalender Lengkap Persembahan - JB Arts Festival:












03 September 2012

September 03, 2012

GEGO 2012 Johor Bahru (JB Arts Festival)



GEGO 2012 @ JOHOR BAHRU (JB Arts Festival)
Sabtu, 8 September 2012 
10:00am - 11:30pm

JB Arts Festival
Tiket : RM10 (Free merchandise included)

- CAR BOOT SALE annual gatherings
- LIFESTYLE/COMMUNITY annual gatherings

SPECIAL PERFORMANCE (2pm till end)

* Plague of Happiness
* Bittersweet
* Couple
* Statik
* Pelanggaran Akta Bunyi
* Medinee
* 26eleven
* Pinholes (SG)
* Akar Kayu
* Redemption

- VINTAGE cars and motorbikes annual gatherings
- HOT Air Balloon Ride.

more coming..