BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mac 2012

Berblog Secara Serius? Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial

Saya berblog kerana menggangap ianya sebagai satu terapi yang dapat menenangkan diri selepas seharian bekerja. Sejak menulis blog, saya menjadi lebih peka dengan persekitaran dan kehidupan. Melalui persekitaran dan kehidupan seharian itulah menjadi sumber inspirasi untuk menulis.



Blogger Tegar - Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial



Namun begitu ada perkara yang saya kurang berminat untuk menulis antaranya ialah penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T. Mungkin disebabkan kerjaya saya berkaitan dengan bidang tersebut membuatkan saya cuba mengelak untuk penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T.   

Bukan niat saya tidak mahu berkongsi maklumat tetapi apabila saya mula menulis tutorial, secara tidak langsung ia telah mengingkari sebab utama kenapa saya berblog! Aktiviti yang sepatunya menjadi terapi kepada saya boleh serta merta menjadi aktiviti yang tidak seronok. Jadi untuk mengelakkan saya menjadi lebih stress, sedaya upaya saya cuba mengelakkan daripada menulis perkara sebegitu.

Pun begitu walaupun tanpa penulisan berbentuk tutorial, saya sedaya upaya cuba berkongsi sesuatu melalui penulisan bergaya santai sambil mengetengahkan idea asas bagaimana untuk melakukan sesuatu. Lagipun saya merasakan bahawa berkongsi idea adalah lebih baik daripada menulis tutorial kerana saya tentunya tidak mahu blog ini akhirnya kelihatan seperti sebuah buku teks dalam talian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan