Berblog Secara Serius? Menulis Berpandukan Ketetapan

Sejak mula serius dalam menulis blog, antara perkara yang paling dititikberatkan ialah: 

  • Sumber 
  • Sensitiviti 
  • Bahasa Yang Baik 

Setiap kali menulis, membuat ulasan serta menerbitkan sesuatu diblog, saya akan memastikan bahawa saya akan sentiasa mengikuti 3 perkara yang dinyatakan itu tanpa gagal.

Ianya kini umpama undang-undang yang perlu dikuti yang mampu menjadi benteng daripada penulisan yang melampaui batas!

Penulisan menggunakkan keadah secukup rasa perlu dielakkan sama sekali.


Sumber

Yang pastinya jika saya menulis perkara yang bukan berdasarkan pengalaman sendiri, Saya akan nyatakan sumber dari mana berita atau cerita itu diperolehi. Saya juga sedaya upaya mengulas dan mengupas sesuatu isu itu berdasarkan perspektif sendiri. Berita atau cerita yang tidak sahih sumbernya tentunya tidak akan mendapat tempat di blog ini.

Sensitiviti

Memandangkan kita tinggal di negara yang berbilang kaum, perkara ini merupakan anatara yang terpenting yang harus sentiasa dijaga. Sudah semestinya saya akan menapis segala berita dan cerita. Jika berita atau cerita tersebut perlu diulas, saya juga akan memastikan bahawa ulasan itu tidak akan mengundang kontroversi.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu berita atau cerita itu adalah berkaitan dengan penerbitan gambar yang dianggap kontroversi. Benar, saya akan ulas perkara tersebut tetapi saya akan memastikan bahawa blog ini tidak akan menjadi agen tidak langsung dalam penyebaran gambar berkenaan.

Yang pastinya segala ulasan akan dibaca berulang kali sehingga mencapai piawaian yang saya sendiri tetapkan sebelum diterbitkan.  

Bahasa Yang Baik

Saya sedaya upaya cuba untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang betul dari segi nahunya. Seboleh-bolehnya saya akan mengelakkan daripada menggunakan bahasa slanga dan bahasa sistem pesanan ringkas (SMS).  

Selain daripada itu penggunaan bahasa yang kasar, buruk serta lucah bukanlah menjadi identiti blog ini. 

Sebenarnya saya juga kurang faham kenapa dalam mengulas sesuatu isu perlu menggunakan bahasa yang tidak sopan.

---------------

Saya juga amat faham jika saya sendiri mengingkari peraturan yang telah dibuat tentunya satu hari nanti saya akan ditimpa masalah dan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah saya tulis. 





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™