Banyak bagi kita mungkin sedikit untuk orang lain. Sedikit bagi kita mungkin kelihatan seperti bersifat kedekut bagi orang lain!
Secara peribadinya Saya menganggap bahawa kelemahan dalam menggangar ada kaitan langsung dengan ilmu matematik asas. Bagi individu yang tidak membudayakan matematik dalam kehidupan seharian tentunya perkara yang dianggap sebagai subjektif ini bakal memberikan kesan buruk dikemudian hari. Maklumlah jika menggunakan konsep sehingga secukup rasa, memang tiada langsung unsur kawalan. Semuanya seolah-olah "free flow".
Budaya meletakkan sesuatu sehingga secukup rasa perlu dielakkan. Jika hal sebegini menjadi asas dalam kehidupan tentunya kita akan menghadapi musibah dikemudian hari. Lagipun meletakkan sesuatu itu sehingga secukup rasa umpama mengikut sepenuhnya kehendak hati. Umum mengetahui, mengikut sepenuhnya kehendak hati tentu akan memudaratkan diri.
Mulai sekarang, apabila menyediakan makanan, minuman dan ketika mengambil makanan perlu sentiasa diaplikasikan dengan ilmu matematik asas iaitu mengira dan menetapkan had. Kerana dengan mengira kuantiti yang digunakan atau diambil akan menjadi lebih tepat dan standard. Menetapkan had pula boleh dianggap sebagai langkah kawalan.
Peringatan untuk diri sendiri: Err.. Satu camca gula sudah cukup untuk secawan Kopi O yang enak bukan?
