BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 Mac 2012

Public Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Terhadap Bagi Tertunggak Kad Kredit Mulai 1 April 2012

Sehubungan dengan berita "Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Serta Caj Pembayaran Lewat" yang diumumkan oleh 3 buah bank pada bulan lepas yang telah pun dijangkakan akan mewujudkan kesan rantaian.

Terkini Public Bank telah pun mengikut jejak langkah 3 bank tersebut dan mengumumkan kenaikan kadar tersebut pada 1 Mac lepas.




Public Bank
Pembayaran tepat selama 12 bulan 15%
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan  17%
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan 18%
Caj Pembayaran Lewat Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM100


Kadar baharu ini akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012.  

Namun begitu ada juga berita baik buat pemegang kad kredit daripada Citibank. Bagi yang berjaya melakukan pembayaran segera melebih 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut, mereka akan menikmati kadar faedah hanya 8.88 peratus setahun.


Ahli Kad yang membuat pembayaran segera* melebihi 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut
8.88% setahun
Ahli Kad yang membuat pembayaran segera** kurang daripada atau bersamaan 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut
15% setahun
Ahli Kad yang membuat pembayaran segera** untuk 10 bulan atau lebih sejak 12 bulan lalu
17% setahun
Ahli Kad yang tidak termasuk dalam kategori-kategori tersebut di atas
17.5% setahun


Agak-agak ada tak bank tempatan yang akan mengikuti langkah Citibank? Takkanlah bank tempatan ini hanya ikut langkah menaikan kadar feadah dan melupakan (buat-buat lupa) insentif  kepada pengguna yang berdisplin?


 Sumber,  Public Bank,Citibank







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan