F1 - Mark Webber Menang Di Monaco

6 pemenang dalam 6 perlumbaan tentunya memberikan indiktor bahawa perlumbaan Formula 1 (F1) tahun ini sememangnya amat kompetetif.  Pelumba dan pasukan yang menghuni 5 tangga teratas mampu menang!

Photobucket



Pada perlumbaan di Monaco Grand Prix 2012,  ia menangi oleh Mark Webber.  Beliau bermula di petak hadapan apabila Michael Schumacher, pemandu terpantas pada sesi kelayakkan dikenakan 5 grid penalti akibat insiden kemalangan pada perlumbaan lepas.  Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Mark Webber untuk mendahului perlumbaan sehingga tamat. Tempat kedua dihuni oleh Nico Rosberg dan ketiga Fernando Alonso.

Malang sekali lagi menimpa Michael Schumacher walaupun bermula agak baik di petak ke 6 selepas dikenakan penalti, beliau masih lagi gagal menamatkan perlumbaan.  Apa pun keputusannya di Monaco, beliau telah membuktikan bahawa beliau masih lagi pantas seperti dahulu dan jentera Mercedes semakin bagus prestasinya.

Namun begitu berdasarkan keadaan semasa, pemandu yang paling mendapat manfaat ialah Fernando Alonso [Link]. Selepas 6 perlumbaan berlalu, beliau telah berjaya mendahului pungutan mata keseluruhan dengan 76 mata.  Walaupun tidak memiliki jentera yang cukup pantas, pemanduan konsisten serta kecekapan krew pasukan di hentian pit sememangnya membezakan pelumba ini dengan pelumba yang lain!







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™