Now Reading [
Windows Mobile
] News

Nokia Lumia 610 - RM699

Terpandang iklan Nokia Lumia 610 diakhbar pagi tadi. Tak sangka ia sudah mula dijual di Malaysia. Sangat tertarik dengan reka bentuknya. Nampak ringkas dan kemas! 

Selain itu harga yang ditawarkan di Malaysia juga agak berpatutan iaitu RM699. Nampaknya semakin bertambah meriahlah segmen telefon pintar kelas pertengahan (budget).



Spesifikasi umumnya ialah CPU 800Mhz (Qualcomm Snapdragon S1 7227A), 256 RAM, Storan Dalaman 8GB, skrin paparan WVGA bersaiz 3.7 inci dan bateri 1300mAh. Peranti ini juga dilengkapi dengan kamera 5MP fokus automatik, denyar LED dan butang kamera dedikasi. 


Cuma bahagian yang kurang menarik ialah telefon ini tidak dilengkapi dengan slot untuk meyokong memori tambahan. Namun begitu untuk mengimbanginya Nokia Lumia 610 dilengkapkan dengan SkyDrive cloud storage!



Bila telco mula menawarkan pakej yang bersesuaian nanti, saya yakin harga telefon pintar ini tentunya akan lebih rendah lagi. Mungkin juga boleh didapati secara percuma!






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment