BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan

09 Oktober 2014

Oktober 09, 2014

aigoPad M60 - Kos Penggantian Bateri

Saya memiliki 2 unit aigoPad M60 yang digunakan oleh kedua-dua anak saya. Setelah beberapa ketika menggunakannya, saya dapati baterinya semakin lemah untuk menyimpan dan mengekalkan caj pada satu jangkamasa yang munasabah. Sudah pasti hal ini amat merisaukan kedua-dua anak saya. Walau bagaimanapun, isu ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan "Power Bank".


aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya
aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya



Bateri Sudah Tidak Mampu Menyimpan Caj!


Namun begitu selepas beberapa ketika, keadaan menjadi semakin teruk apabila bateri pada aigoPad M60 tidak mampu langsung menyimpan dan mengekalkan caj. Pada masa tersebut, "Power Bank" yang ada tidak lagi dapat membantu. Nampaknya sudah tiada cara lain untuk menyelesaikannya melainkan dengan melakukan penggantian bateri.


Warranty Sudah Lama Tamat

 
Memandangkan tempoh "Warranty" sudah lama tamat, saya tidak bercadang untuk menghantarnya ke pusat servis. Saya melakukan carian di internet tentang bateri yang sesuai untuk digunakan pada aigoPad M60. Memang terdapat pelbagai jenis dan saiz tetapi semunya lebih sesuai digunakan pada tablet yang berukuran 7 inici ke atas. Bagi tablet berukuran 6 inci agak sukar mencarinya atau hampir tiada langsung yang sesuai. 


Hubungi Pusat Servis


Bila pencarian tidak membuahkan hasil, akhirnya saya mengalah dan merujuk semula senarai pengedar dan pusat servis bagi aigoPad M60. Memandangkan saya tinggal di Johor Bahru, pusat servis terhampir ialah di Ten Ten Telecommunications Sdn. Bhd. cawangan Taman Molek. Saya menghubungi pusat servis tersebut dan terus bertanyakan tentang bateri serta kos yang berkaitannya dengannya.


aigoPad M60 - Service Form Ten Ten Telecommunicatons Sdn. Bhd.
aigoPad M60 - Masuk Bengkel!


Rupa-rupanya kos mengganti bateri untuk aigoPad M60 tidaklah semahal seperti yang disangka. Hanya RM20 seunit. Cuma terpaksa menunggu sehingga 3 minggu untuk disiapkan kerana tablet terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur untuk urusan servis dan penggantian bateri.



Selepas 3 Minggu


Alhamdulillah selepas 3 minggu, saya mendapat panggilan daripada pusat servis yang mengatakan bahawa tablet sudah boleh diambil. Tanpa berlengah, keesokan harinya saya ke pusat servis dan mengambil kedua-dua tabet aigoPad M60 milik saya.


aigoPad M60 - Final Invoice (Battery Replacement)
aigoPad M60 - Kos Bateri Seunit Cuma RM20


Walaupun saya hanya meminta mereka menggantikan bateri, saya dapati pihak pusat servis telah melakukan beberapa perkara tambahan seperti mengetatkan butang-butang "Power" dan "volume" yang sebelum ini telah longgar serta melekatkan "Screen Protector" yang baharu.



aigoPad M60 -  Siap Dengan Pelekat  Warranty Yang Baharu!


Khidmat Lepas Jualan Bagus


Tidak dinafikan bahawa aigoPad M60 adalah sebuah tablet yang murah dan amat sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Walaupun murah, jenama ini disokong oleh pengedar yang bagus dan mempunyai reputasi yang baik. Selain jenama aigo, pengedar ini juga mempunyai beberapa portfolio jenama terkenal dibawah naungannya. Jadi, isu servis serta mendapatkan alat ganti tidaklah menjadi satu masalah besar.

Benar, memang ada jenama yang lebih murah daripada aigoPad M60 tetapi khidmat sokongan selepas jualannya sentiasa menjadi persoalan lebih-lebih lagi jika ianya diedarkan oleh pengedar yang kurang dikenali.


10 September 2014

September 10, 2014

iPhone 5 - Kini Ditawarkan Pada Harga Lebih Murah

Sebaik sahaja Apple memperkenalkan iPhone 6 [Link], Apple Malaysia telah menyelaras semula harga iPhone 5. Kini iPhone 5S ditawarkan pada harga bermula RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)


Harga iPhone 5S Di Malaysia - RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)
iPhone 5S - RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)




Manakala bagi model iPhone 5C, ianya ditawarkan pada harga RM1499 (8GB).


Harga iPhone 5C Di Malaysia - RM1499 (8GB)
iPhone 5C - RM1499

Bagi yang merasakan skrin iPhone 6 Plus atau iPhone 6 terlalu besar, iPhone 5 adalah pilihan terbaik. Samada iPhone 5S atau iPhone 5C kedua-duanya masih lagi dikira cukup hebat untuk dimiliki.


September 10, 2014

Apple Watch - 3 Varian Diperkenalkan Kepada Umum

Selain memperkenalkan iPhone 6, Apple juga memperkenalkan Smart Watch keluarannya secara rasmi. Smart Watch yang telah lama diperkatakan ini dikenali sebagai Apple Watch.


Apple Watch
Apple Watch



Diperkenalkan Tanpa Huruf  "i"


Cuma apabila diperkenalkan tanpa huruf "i" dihadapannya, ianya kelihatan (kedengaran) agak pelik sedikit dan tentunya lari dari kebiasaan Apple. Mungkinkah ini adalah strategi penjenamaan baharu yang ingin diperkenalkan oleh Tim Cook  yang mahu keluar dari bayang-bayang Steve Jobs?




Apple Watch - There’s no i in Apple’s new Watch
Apple Watch - There’s no i in Apple’s new Watch 

 


3 Varian Apple Watch


Terdapat 3 varian Apple Watch iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition. Kesemua varian yang diperkenalkan adalah untuk disesuaikan dengan  kegunaan serta gaya individu yang berbeza-beza.


Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition
Apple Watch - 3 Varian Diperkenalkan Kepada Umum

Digital Crown


Seperti jam tangan konvensional, kawalan serta fungsi dikawal sepenuhnya oleh crown. Melalui inovasi,  Apple memperkenalkannya sebagai Digital Crown. Semua fungsi Apple Watch dapat dikawal sepenuhnya melalui Digital Crown sama seperti fungsi click wheel yang terdapat pada iPod!



Apple Watch - Digital Crown
Apple Watch - Digital Crown


Diintegrasikan Dengan SIRI


Apple Watch juga diintegrasikan dengan sepenuhnya dengan SIRI yang membolehkan penggunanya berinteraksi secara langsung.


Peranti Kesihatan Dan Senaman


Antara sebab utama kenapa Apple watch patut dimiliki ialah fungsi sebagai peranti kesihatan dan senaman yang membolehkan pengguna mengawasi kualiti aktiviti fizikal yang dilakukan.


Apple Watch - Peranti Kesihatan dan Senaman
Apple Watch - Peranti Kesihatan dan Senaman


Selain daripada itu Apple watch juga mampu menganalisa kesemua data-data yang diperolehi dan boleh memberi cadangan tentang aktiviti yang sesuai yang perlu dilakukan untuk membolehkan penggunanya mencapai matlamat yang diinginkan.

Walau bagaimanapun, Apple Watch hanya akan mula dipasarkan pada awal tahun 2015.


September 10, 2014

iPhone 6 - Spesifikasi Didedahkan Secara Rasmi

Apple telah secara rasminya melancarkan model terbaharu iPhone. Gadget yang telah lama dinanti-nantikan oleh para peminatnya ini dikenali sebagai iPhone 6

iPhone 6 - Touch ID Security
Touch ID Security

Sangat Nipis


Diberitakan bahawa iPhone 6 merupakan produk Apple yang ternipis. iPhone 6 Plus hanya berketebalan 7.1mm manakala iPhone 6 pula berketabalan 6.9mm.


iPhone 6 - Lebih Nipis
iPhone 6 Plus berketebalan 7.1mm manakala iPhone 6 pula berketebalan 6.9mm.




Fungsi Pembayaran - Apple Pay


Bakal merevolusikan perniagaan runcit apabila mengabungkan teknologi keselamatan "Touch ID" dan "Passbook" serta NFC untuk melakukan pembayaran tanpa tunai terhadap pembelian. Fungsi ini dikenali sebagai Apple Pay dan bakal dilancarkan pada Oktober 2014.


Apple Pay



2 Varian Diperkenalkan


Terdapat 2 varian yang diperkenalkan iaitu iPhone 6 Plus dan iPhone 6. Kedua-duanya mempunyai kuasa CPU yang sama kecuali saiz skrin.



iPhone 6 Plus vs iPhone 6 - Hanya sain Skrin Berbeza!
iPhone 6 Plus dan iPhone 6 - Hanya saiz skrin berbeza!


Perbezaan Antara iPhone 6 Plus Dan iPhone 6


iPhone 6 Plus dilengkapi dengan saiz skrin 5.5 inci manakala iPhone 6 dilengkapi dengan saiz skrin 4.7 inci. Berikut adalah spesifikasi umum buat kedua-dua varian.


iPhone 6 Plus / iPhone 6 - Spesifikasi Umum:

iPhone 6 - Spesifikasi Didedahkan Secara Rasmi
Kredit: Apple Inc



Sistem Pengoperasian:
iOS 8

CPU:
A8 chip with 64-bit architecture
M8 motion coprocessor

Saiz:
iPhone 6 Plus - 158.1 x 77.8 x 7.1mm (.22 x 3.06 x 0.28in)
Berat: 172 gram

iPhone 6  - 138.1 x 67 x 6.9mm (5.44 x 2.64 x 0.27in)
Berat: 129 gram

Paparan:
 iPhone 6 Plus - 1920 x 1080 pixels, 
5.5 inches (~ 401 ppi pixel density)
 iPhone 6 - 1334 x 750 pixels, 
4.7 inches (~ 326 ppi pixel density)

Memori:
16/64/128 GB

  Kamera: 
New 8 MP iSight Camera 3264 x 2448 pixels,
Autofocus with Focus Pixels, ƒ/2.2 aperture, Optical image stabilization, True Tone flash,
Five-element lens, Hybrid IR filter, Backside illumination sensor, Sapphire crystal lens cover,
 Auto image stabilization, Auto HDR for photos, Improved face detection, Exposure control,
 Panorama (up to 43 megapixels), Burst mode, Tap to focus, Photo geotagging, Timer mode.
1080p@30/60fps, video stabilization, Slo-mo video (120 fps or 240 fps), Time-lapse video
Cinematic video stabilization, Continuous autofocus video, Take still photos while recording video,
Improved face detection, 3x zoom, Video geotagging.
Kamera hadapan: 1.2 MP (1280 x 960 pixels)
 720p@30fps, burst, HDR

Sambungan Data / Wireless:
GSM/EDGE
UMTS/HSPA+
DC-HSDPA
CDMA EV-DO Rev. A and Rev. B (CDMA models only)
LTE3
Near Field Communication (NFC)
Bluetooth 4.0
802.11a/b/g/n/ac Wi‑Fi
GPS and GLONASS


07 September 2014

September 07, 2014

Loom Bands? Anak-anak Turut Terjebak!

Antara permintaan diterima daripada anak-anak, lebih-lebih lagi selepas berakhirnya Hari Raya Aidilfitri ialah Loom Bands. Maklumlah bila anak-anak ada duit lebih, permintaannya pun ada sedikit meningkat! Bila diselidiki rupa-rupanya Loom Bands ini sudah menjadi fenomena di kejiranan dan di sekolah! Patutlah..


Rainbow Loom - Loom Bands
Rainbow Loom [Link]

12 Jun 2014

Jun 12, 2014

Ini Semua Gara-gara Reunion Dan Kamera!

Reunion Sekolah Kami SMVPJB
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog. Hampir 2 bulan lamanya. Bukan merajuk, cuma terpaksa mengalihkan tumpuan kepada perkara yang lebih memerlukan perhatian. 

Sepatutnya saya perlu menulis sambungan cerita mengenai pengalaman ketika Vietnam [Link] tempohari. Namun begitu, penulisan yang dirancang tidak menjadi kenyataan dan terpaksa diubah sedikit. In shaa Allah, jika ada kelapangan ianya akan disambung lagi.

18 Jun 2013

Jun 18, 2013

aigoPad M60 - Lebih Murah di Lazada Malaysia?

aigoPad M60 Lebih Murah Di Lazada Malaysia
Saya menulis artikel mengenai aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak [Link] pada hujung bulan Disember tahun 2012. Sejak itu pencarian pengguna terhadap tablet tersebut di internet sering menyinggah ke blog ini  Alhamdulillah walaupun sudah lama "keyword" nya masih panas!

Bagaimana Hendak Mendapatkan aigoPad M60?


Bagi kebanyakkan pengunjung, maklumat pertama yang ingin mereka ketahui ialah bagaimana hendak mendapatkannya. Memang sukar mencari penjual yang menjual mengikut harga yang diiklankan. Situasi tersebut turut saya rasakan ketika mencarinya disekitar Bandaraya Johor Bahru. Namun begitu saya tetap tidak berputus asa. Selain daripada mencari kedai yang menjualnya, saya juga turut melakukan pencarian di kedai-kedai atas talian.

03 Februari 2013

Februari 03, 2013

Asus MeMO Pad - RM499

Asus MeMO Pad - Harga Malaysia - RM499
Nampaknya kebelakangan ini pasaran gadget tempatan mulai dibanjiri dengan kemasukkan gadget berharga rendah yang kebanyakkannya dari negara China [Link]. 

Kali ini Asus telah memberikan respon yang sewajarnya kepada pasaran memandangkan terdapat permintaan yang agak tinggi pada segmen tablet berharga rendah. Pada harga RM499, Asus MeMO Pad tentunya akan menarik minat ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut [Link].

28 Disember 2012

Disember 28, 2012

aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak

Aigo Pad M60 - Murah! Hanya RM159 Di Malaysia
Terpandang iklan ini di akhbar hari ini. Sangat terkejut apabila melihat harganya. Sebuah tablet berjenama aigoPad M60 bersaiz 6 inci dijual pada harga RM159! Rasanya buat masa ini, inilah tablet yang termurah yang dijual dipasaran sekarang.

Tablet ini boleh didapati daripada pengedar-pengedarnya yang sah di seluruh negara dan juga melalui Lazada Malaysia [Link]

13 Disember 2012

Disember 13, 2012

Nokia Lumia 920 - RM1999

Nokia Lumia 920 - Dengan Fungsi Wireless Charging & Teknologi PureView
Harga jualan Nokia Lumia 920 dan Lumia 820 di Malaysia telahpun diumumkan secara rasmi. Nokia Lumia 920 dijual pada harga RM1999 dan Nokia Lumia 820 pada harga RM1599.

Telefon pintar yang menggunakan sistem pengoperasian terkini daripada Microsoft iaitu Windows Phone 8 sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu kehadirannya. 

08 Disember 2012

Disember 08, 2012

iPhone 5 - Harga Bermula Dari RM2199

iPhone 5 - Malaysia - Celcom, Maxis, Digi
Umum mengetahui bahawa iPhone 5 bakal dilancarkan di negara ini pada 14 Disember 2012. Bagi peminat Apple dan gadget, tentunya ini adalah gadget yang ditunggu-tunggu kehadirannya  [Link]. 

Walaupun terdapat kritikan terhadap tahap inovasi pada iPhone 5, ia dilihat sebagai bukan penghalang untuk Apple mengekalkan popularitinya.

07 Disember 2012

Disember 07, 2012

iPad Mini - Harga Bermula Dari RM999

iPad Mini - RM999 - RM1999 Di Malaysia
iPad Mini [Link] secara rasminya sudah boleh didapati daripada Apple Store Malaysia bermula dari RM999. Terdapat 2 variasi yang ditawarkan iaitu iPad Mini Wi-Fi dan iPad Mini Wi-Fi + Cellular. Bagi pembelian yang dilakukan dari atas talian, kos penghantaran adalah percuma dan penghantaran akan dibuat dalam masa 2 minggu daripada tarikh pesanan. Walau bagaimanapun, setiap pembelian dihadkan kepada maksimum hanya 2 unit.

12 November 2012

November 12, 2012

Aakash 2 - Tablet Termurah Di Dunia

Aakash 2 - Murah Sebab Disubsidi Kerajaan India
Kerajaan India telah melancarkan versi terbaharu komputer tablet kos rendah yang kenali sebagai Aakash 2. Dilengkapi dengan unit pemprosesan pusat  yang lebih cepat dan bateri yang lebih baik. Ia dijual kepada pelajar pada harga subsidi sebanyak USD20.

08 November 2012

November 08, 2012

Nokia Lumia - Jatuh Harga Lagi!

Nokia secara  rasminya mengumumkan bahawa telefon pintar siri Lumia telah dikurangkan lagi harganya. Bermula dengan Nokia Lumia 900 kini ditawarkan pada RM1499, Nokia Lumia 800 - RM859, Nokia Lumia 710 - RM659 dan Nokia Lumia 610 - RM539. Dengan penurunan harga telefon pintar ini, menjadikannya lebih menarik dan berdaya saing dari segi harga dengan telefon pintar berasaskan Android.

12 Oktober 2012

Oktober 12, 2012

Samsung Galaxy Note II - RM2299

Berita baik buat peminat siri Galaxy Note. Gadget terbaharu ini secara rasminya akan dijual di Malaysia pada harga RM2299 tanpa kontrak. Untuk menjadi pengguna terawal, Samsung Galaxy Note II sudah boleh ditempah secara online melalui Digi Online Store [Link]. Bagi yang telah membuat tempahan, penghantaran akan dilakukan mulai 19 Oktober 2012.

14 September 2012

September 14, 2012

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak

Dicipta hanya untuk kanak-kanak, Tablet Tabeo menggabungkan teknologi canggih, fungsi dan reka bentuk yang anggun dengan kawalan ibu bapa dan ciri-ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak.

Tablet khusus untuk kanak-kanak sudah boleh ditempah di Toys 'R' Us, Amerika Syarikat pada harga USD 149.99 dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 1 Oktober 2012.

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak
[Link]