
Selalunya bila tiba kejohanan bola sepak besar seperti ini (Euro 2012) sedikit sebanyak akan menganggu kelancaran operasi di pejabat. Maklumlah bagi peminat tegar bola sepak tentunya menuntut mereka untuk berjaga sehingga lewat pagi untuk menyaksikan perlawanan pasukan yang diminati. Pada masa sebeginilah produktiviti akan mengalami sedikit penurunan.
Walaupun saya bukanlah peminat bola sepak tegar, setiap kali ada kejohanan besar seperti ini ia mampu juga membuat diri ini terkena jangkitan demamnya! Punyalah hebat penangan bola sepak terhadap kehidupan khususnya bagi seorang lelaki. Lagipun mana mungkin mengelak daripada terkena jangkitan bila semua rakan-rakan sekeliling bercerita mengenainya! Ini bukan jangkitan biasa, ia sudah jadi wabak!
Buat majikan, ketua jabatan dan boss syarikat, janganlah stress sangat apabila produktiviti syarikat mula menurun setiap kali ada kejohanan besar bola sepak. Beri peluang kepada subordinate menikmati sepuas-puasnya kejohanan ini (Euro 2012) . Insyallah semuanya akan kembali normal bila segala-galanya sudah selesai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan