Cerita Tentang [
Unit Amanah
]

Public Ittikal - Agihan Kasar 5.25 Sen Seunit (2012)

Public Mutual telah mengumumkan agihan pendapatan untuk 7 dana amanah yang dikendalikan oleh pihak mereka. Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund [Link], Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund,  Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.

Tentunya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan berikut adalah jadual pendapatan seunit bagi 7 dana amanah yang telah pun diumumkan secara rasminya pada 31/05/2012 :



Boleh dikatakan prestasi kebanyakkan dana amanah agak terjejas dengan ketidaktentuan pasaran kebelakangan ini terutamanya Krisis Euro yang semakin bertambah buruk. Sebagai perbandingan, dana Public Ittikal mampu menjana 8 sen seunit untuk tahun 2011 manakala untuk tahun 2012, dana ini hanya mampu menjana 5.25 sen seunit.

Sebagai pelabur tentunya situasi ini dilihat sebagai tidak menggalakkan. Malah menakutkan! Namun begitu keyakinan terhadap pasaran dan ekonomi negara tentunya masih ada. Semoga ekonomi negara mampu bertahan dan menyerap segala tekanan dan ketidaktentuan. Insyallah.

Namun begitu bagi pelabur jangka panjang, pelaburan perlu dilakukan dengan kadar yang konsisten dikala ekonomi bagus dan dikala ekonomi sedang mengalami tekanan. 

Kejatuhan harga saham secara keseluruhannya perlu dipandang secara positif  dan strategi pelaburan jangka panjang seperti "Dollar Cost Averanging" boleh digunakan untuk merasionalkan harga serta meningkatkan pemilikan unit.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment