Cerita Tentang [
Upin Ipin
]

Karnival Upin & Ipin - Stadium Bandaraya Johor Bahru

Karnival Upin & Ipin 2012 - Johor Bahru
Karnival Upin & Ipin yang diadakan pada 28, 29 dan 30 Disember 2012 yang lepas bertempat di Stadium Bandaraya Johor Bahru.

Bila anak-anak terlihat iklannya yang telah disiarkan di televisyen tempohari, kami sudah tahu bahawa hujung minggu tersebut memang kami akan dipaksa ke sana!


Karnival Upin & Ipin 2012 - Johor Bahru

Nampaknya aktiviti ini sudah menjadi aktiviti tahunan kami. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya cuti sekolah ini terisi dengan aktiviti yang menyeronokkan.



Kami tiba di Stadium Bandaraya Johor Bahru lebih kurang jam 2:30 petang. Berjalan-jalan disekitarnya serta melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Tentunya bila ke acara sebegini, anak-anaklah yang paling seronok. Ibu bapa layankan sahaja.
 



Memang tidak lengkap ke acara seperti ini jika tidak berjumpa dengan pemilik suara sebenar watak-watak animasi dalam siri Upin & Ipin. Seperti tahu lepas, kami sempat berjumpa dengan Jarjit [Link]Untuk edisi kali ini sekali lagi kami berjumpa "The Real Jarjit!




Sebelum pulang dan boleh juga dianggap sebagai bonus tambahan, kami sempat berjumpa dengan "The Real Mei Mei"  di "booth"  belajar melukis watak-watak animasi Upin & Ipin.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment