Cerita Tentang [
Xpax
]

Celcom Blue - Talian Tetap TM Bukan Lagi Teman 20

Celcom Blue - Talian Tetap TM Bukan Lagi Teman 20 Saya menggunakan perkhidmatan Celcom Blue sejak tahun 2009. Antara sebab utama saya tertarik untuk berhijrah daripada pakej Xpax yang saya gunakan sebelum itu ialah kerana "feature" Teman 20 [Link] yang ada didalam pakej tersebut!

Baru-baru ini saya mendapat satu mesej pesanan ringkas daripada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan dengan talian tetap TM akan dikeluarkan dari senarai Teman 20 bermula 17 Januari 2013.


Talian tetap TM akan dikeluarkan dari senarai Teman 20 bermula 17 Januari 2013.


Entah apa sebabnya saya tidak tahu tetapi dengan terkeluarnya talian tetap TM daripada senarai Teman 20 membuatkan pakej ini tidak menarik lagi bagi saya.

Mungkin sudah sampai masa untuk saya meneliti serta menilai pakej-pakej lain yang ditawarkan di pasaran sekarang. Mungkin juga sekarang adalah masa yang sesuai untuk berhijrah!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment