Cerita Tentang [
Kucing
]

Siti - Kehadiran Ahli Keluarga Baru

Siti - Kehadiran Ahli Keluarga Baru
Tempohari ketika Nurin Amani dan emaknya ke pasar..

Menurut emaknya, ketika itu hujan renyai-renyai dan anak kucing itu mengekori Nurin Amani sehingga ke kereta. Mungkin kerana kasihankannya, Nurin Amani menangis dan beriya-iya mahu membawanya pulang. 

Sewaktu dibawa pulang, keadaannya amat menyedihkan dan badannya amat kurus. Maklumlah kucing yang ditinggalkan di pasar tentunya tidak mendapat makanan secukupnya. Lagipun anak kucing ini masih perlu bergantung kepada susu ibunya.


Siti suka mengigit mesra!


Alhamdulillah setelah hampir sebulan tinggal bersama kami, banyak perubahan yang telah berlaku. Tubuhnya kini sudah agak berisi dan semakin aktif serta agresif.


Anak kucing ini diberi nama Siti!


Kami anggap kehadiran anak kucing ini seperti kehadiran ahli keluarga baru. Oh! ya...  Anak kucing ini kami beri nama Siti! :D


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment