BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Jun 2013

Ramadan Buffet 2013 Johor Bahru - Hotel Sentral Johor Bahru

Pada mulanya saya agak terkejut apabila menerima email yang meminta saya mempromosi "Ramadan Buffet" di blog ini. Tanpa berfikir panjang saya menyatakan persetujuan untuk melakukannya.

Tengahari semalam saya ke Hotel Sentral Johor Bahru untuk berjumpa dengan pengurus jualan hotel tersebut. Memandangkan lokasi hotel dan bangunan tempat saya bekerja agak dekat, saya hanya berjalan kaki ke sana. Perbincangan berlangsung dengan lancar dan mesra walaupun pertama kali bertemu. Terima kasih kepada Encik Shaiful atas jemputan serta layanan yang mesra.

Untuk Ramadan Buffet 2013, pihak Hotel Sentral Johor Bahru memperkenalkan "Nostalgia Selera Kampung" sebagai tema utamanya. Hidangan istimewa "Roti Jala Durian" tentunya menjadi tarikan kepada pengunjung untuk mencubanya.


Bufet Ramadhan / Ramadan Buffet 2013 - Hotel Sentral Johor Bahru


Berikut adalah harga Ramadan Buffet 2013 - Nostalgia Selera KampungHotel Sentral Johor Bahru:


Harga Biasa:
Dewasa: RM45.00 nett
Kanak-kanak : RM25.00 nett
Warga Emas : RM35.00 nett
Promosi : Beli 10 dewasa percuma 2

Harga Promosi : RM35.00nett (Voucher boleh digunakan dari 12 Julai hingga 5 Ogos 2013)
Promosi ini sah sehingga 7hb Julai 2013

Selain itu, aktiviti Car Boot Sale untuk kelengkapan raya juga turut diadakan.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi: 
Shaiful +6012-988 3710 atau +607-222 7788

Untuk senarai lengkap Ramadan Buffet 2013 di sekitar Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan