Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Kawasaki Z250SL - Harga Dan Spesifikasi

Pasaran motorsikal bersilinder tunggal yang berkapasiti 250cc semakin meriah di Malaysia. Baru-baru ini pihak Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. telah pun memperkenalkan model terbaharu mereka yang dikenali sebagai Kawasaki Z250SL


Kawasaki Z250SL
SL bermaksud "Super Light".

Pesaing Jalan Dulu


Setelah sekian lama membiarkan para pesaingnya memulakan langkah, akhirnya telah tiba masanya untuk Kawasaki bersaing didalam pasaran.



Kawasaki Z250SL (Super Light)
Kawasaki Z250SL (Super Light)

Kawasaki Z250SL - Harga Dan Spesifikasi


Berikut adalah harga dan spesifikasi rasmi Kawasaki Z250SL untuk pasaran Malaysia:

Enjin: Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC
Isipadu: 249cc
Gerek x lejang: 72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan: 11.3 : 1
Transmisi: Enam kelajuan
Kuasa maksimum: 28PS @ 9,700rpm
Tork maksimum: 22.6Nm @ 8,200rpm
Suspensi hadapan: Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras 5 tahap (Pro-Link)
Brek hadapan: Cakera tunggal 290mm angkup dwi-omboh
Brek belakang: Cakera tunggal 220mm angkup dwi-omboh
Panjang: 1,935mm
Lebar: 700mm
Tinggi: 1,015mm
Saiz tangki: 11 liter
Berat: 148kg
Harga: RM15,738 (nett)



Tangki Minyak Kecil?


Berdasarkan spesifikasi, tiada apa yang dirasakan pelik. Semuanya nampak bagus terutamanya apabila melibatkan angka-angka kuasa dan prestasi enjinya. Cuma agak sedikit mengejutkan untuk motorsikal berkuasa 250cc hanya mempunyai saiz tangki minyak yang agak kecil iaitu berkapasiti 11 liter! Namun begitu, saya berpendapat hal tersebut memang disengajakan oleh pihak Kawasaki dan bertujuan untuk menjadikan  motorsikal ini seringan yang boleh.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

22 comments

  1. Replies
    1. Tu lah.. Tapi masih lebih murah daripada KTM!

      Delete
  2. Memang cantik. Tapi kawe dulu-dulu lebih kepada yg racing punyalah bro. Yg togel badan dia, kureeeng sikit he he :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi yang lengkap dengan fairing pun ada.. Harga RM17K plus. Amacam? Mahu angkat satu tak? :)

      Delete
  3. boleh tahan juga spek dia..

    ReplyDelete
  4. wahhhh teruja betul. 15k je. Kalau yang z250 tu 20K kan. buat daily commute kerja ok ni. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini Single Cylinder bike bro. Kalau yang versi Parallel Twin tu memang 20K. Untuk daily commute memang sesuai sangat tu..

      Delete
  5. Motor ni kalau sekali insurans and roadtax, harga OTR dia berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga OTR dalam lingkungan RM 16700++

      Delete
  6. minyak save x brader...??? bole buat ulang alik kerja x...?? lau minyak makan byk sakit skit lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak murah sekarang :) Rasanya tak ada masalah untuk buat "daily commuter" ke tempat kerja.

      Apa pun sebelum buat keputusan untuk membeli & menggunakan, perlu pastikan "poket" tak sakit. Bak kata orang tua. Ukur baju dibadan sendiri...

      Delete
  7. Kawasaki z250sl kalau di sabah/sarawak berapa? mencecah 18k++ tak?

    ReplyDelete
  8. bro..moto ni..utuk org yg berketinggian 1.60 ..sesuai tak bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tiada masalah. Apa pun.. datang showroom & uji dulu untuk kepastian :)

      Delete
  9. Da usha. Lagi kecik dari Duke200. Takde masalah bagi orang pendek. Siapa gila stunt boleh angkut sebijik. Saya user DTracker 150. Hajat nak sambar Z250 SL pulak lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde masalah utk org pendek? sure ke? sbb sy tgi 157 je... igt nak angkat 1..

      Delete
    2. Kalau tak sampai juga kaki, boleh pasang "Lowering Kit".

      Boleh rujuk - https://www.facebook.com/BIKEZON88/posts/895052690616945

      Delete
  10. road tax sekali insuran berapa
    agak2 untuk motor ni

    ReplyDelete
  11. Motor ni boleh direndahkan lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi kena pasang "Lowering Kit". Boleh rujuk - https://www.facebook.com/BIKEZON88/posts/895052690616945

      Delete
  12. antara z250sl & z250..mana yg sesuai utk trip harian pegi keje dlm 80km sehari..motor utk naik 2 org...

    ReplyDelete