BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Ogos 2014

Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus

Kadang-kadang perkara yang tidak dijangka berlaku. Dalam dunia bikers, antara perkara yang paling ditakuti ialah bila kabel clutch putus. Keadaan menjadi lebih sukar terutamanya bila menunggang didalam bandar! Pun begitu, jika kita tahu akan teknik yang betul untuk menghadapi masalah ini, situasi tersebut tidaklah seteruk mana sebenarnya.



Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus
Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus



Cabaran utama ialah untuk mengelakkan enjin motosikal daripada mati. Memang sukar untuk memastikan enjin tidak mati semasa ketiadaan clutch.

Jika kabel clutch putus semasa menunggang:



  1. Cuba dapatkan lorong paling kiri dengan memberi isyarat yang sewajarnya. Kurangkan kelajuan dan  terus menunggang seperti biasa.

  2. Jika perlu berhenti di persimpangan jalan atau lampu isyarat, perlu bersedia awal. Dapatkan gear ke 2 dan sebaik sahaja mahu berhenti tukar ke neutral. Kawal motosikal dengan brek dan berhenti dengan selamat.

  3. Untuk bergerak semula, perlu tolak dahulu motosikal dengan kaki. Apabila motosikal sudah bergerak boleh masukkan gear 1. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan enjin motosikal daripada mati. Cuma sebelum memulakan langkah ini, pastikan tiada kenderaan lain dihadapan. Maklumlah motosikal akan tersentak sedikit ke hadapan.

  4. Teruskan menunggang untuk ke bengkel berdekatan. Semasa dalam perjalanan, pertukaran gear boleh dilakukan tanpa menggunakan clutch. Semasa mahu menukar gear, tutup pendikit. Jika perlu berhenti lagi, ulang langkah 2 dan 3.


4 ulasan:

  1. Huhu. macam seksa je. Tambah lagi untuk orang yang jarang naik motor ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seksa.. terutama bila kena dalam bandar. Apa pun nak jadi bikers kena kental :)

      Padam
  2. Nampak sulit gak tu bro. Nasib baik sepanjang kawe jadi biker, tak pernah ada masaalah cam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sulit pun. Apa pun, bila sudah kena.. misi utama ialah untuk cepat sampai bengkel.

      Padam