BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 July 2018

SSPN - Simpan RM500 Percuma RM500

Untuk kesejahteraan anak-anak di masa hadapan, maka manfaatkanlah peluang ini sebaik-baiknya. Bagi yang sudah mempunyai akaun SSPN untuk anak-anak, tingkatkanlah tabungan manakala yang masih belum bermula ambil peluang serta insentif yang tersedia ini untuk memulakannya.


SSPN - Simpan RM500 Percuma RM500
SSPN - Simpan RM500 Percuma RM500
Sepertimana diperuntukkan di dalam Bajet 2018, maka bermulalah rebutan percuma RM500 kepada 500,000 akaun SSPNi/SSPNi Plus terawal (first come, first serve basis) melalui peruntukan sebanyak RM250 juta yang akan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun dengan menyimpan di dalam akaun SSPNi/SSPNi Plus sepertimana diperuntukkan di dalam Bajet 2018. Pada masa yang sama, anda juga layak untuk mendapat pelepasan cukai taksiran sehingga RM6,000 (SSPNi) dan RM12,000 (SSPNi Plus) dengan simpanan bagi tahun taksiran secara runcit ataupun sekaligus!


Elok juga jika duit-duit raya yang diterima anak-anak disalurkan ke SSPN. Sesuai dengan matlamat untuk meringankan beban ibu bapa apabila anak-anak ingin melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.

Selain daripada itu dengan adanya simpanan untuk tujuan melanjutkan pelajaran, ianya akan meringankan beban anak-anak itu sendiri apabila tamat pengajian agar tidak terbeban dengan hutang pinjaman pelajaran yang terlalu tinggi.

Apapun ceritanya, ibu bapa perlu lebih bersifat proaktif untuk memulakan langkah pertama dengan membuka akaun di SSPN bagi menjayakan misi tersebut. Jangan hanya sekadar lihat peluang ini berlalu pergi..


3 comments:


  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete