BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Disember 2018

Tiba-tiba Saya Suka Apple Pie!

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak makan pai epal dari McDonalds. Entahlah, dahulu saya memang tidak berapa suka akan rasanya. Pada masa itu ianya seperti terlalu berlebihan rasa kayu manis! Berangin semacam apabila dimakan!


Pai Epal McDonalds
McDonalds Apple Pie


Setelah sekian lama, tiba-tiba terdetik untuk mencubanya semula. Tetapi kali ini rasanya agak berbeza berbanding dahulu. Rasannya lebih seimbang. Tiada yang berlebihan terutamanya rasa kayu manis seperti dahulu.





Sama ada resepi asalnya sudah ditukar oleh pihak McDonalds untuk disesuaikan dengan citara rasa tempatan, itu saya tidak begitu pasti. Apa yang pasti, saya sukakan rasanya seperti ini.



McDonalds Apple Pie - Awas Panas
Awas Panas!

Cuma apa yang tidak berubah ialah cara untuk memakannya. Maklumlah walaupun bahagian luarannya sudah sejuk, intinya masih panas. Boleh terbakar lidah kalau tersilap. Sila berhati-hati.


2 ulasan:

  1. Dengan rekod cemerlang dan ciri-ciri nilai tambah sedemikian, Perodua Aruz

    BalasPadam
  2. I love this post! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own coffee capsule with a coffee capsule filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently.

    BalasPadam