BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Mei 2008

Genetically Modified

Krisis makanan dunia nampaknya seakan meruncing kebelakangan ini. Harga makanan secara umumnya telah meningkat naik secara drastik. Kalau dahulu masalah tidak makanan sering dikaitkan dengan kemiskinan, nampaknya sekarang ini, masalah tidak cukup makanan tidak lagi boleh dikaitkan dengan kemiskinan sahaja.

Pengeluaran yang kurang akibat daripada pelbagai masalah seperti faktor cuaca dan sebagainya mengakibatkan peningkatan harga dan seterusnya mengakibatkan ketidakcukupan bahan makanan.

Bagi rakyat di negara-negara miskin kesan daripada masalah kekurangan bekalan makanan telah menjadi dua kali ganda. Kesan pertama ialah bekalan dan kesan kedua ialah harga.

Penyelesaian untuk masalah ini ialah dengan memperkenalkan tanaman GM (Genetically Modified). Apa yang kta perlukan ialah tanaman yang tahan perubahan cuaca, dapat mengeluarkan hasil berlipat kali ganda dengan keluasan tanah yang terhad dan GM boleh memberi harapan itu.

Kalau dahulu kita mungkin terpaksa berfikir dua kali untuk memakan makanan dari sumber GM. Namun dengan keadaan sekarang, tanggapan negatif terhadap tanaman GM pastinya akan berubah, kerana apa yang penting sekarang adalah perut-perut yang terpaksa di isi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan